Anugerah Juara Lagu  merupakan program saban tahun yang cikla rasa dah ada peminatnya tersendiri. Tapi, cikla rasa Anugerah Juara Lagu sekarang dah berlainan dari yang dulu. 

Kalau dulu, pemenangnya ikut kategori iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif (Irama Malaysia) tapi sekarang pemenang dipilih berdasarkan tempat pertama, kedua dan ketiga. Ini termasuklah vokal terbaik dan persembahan terbaik.

Korang mesti dah tau kot siapa yang berjaya ke peringkat final. Jom kita tengok siapakah finalist Anugerah Juara Lagu 31 ni. 

Finalist Anugerah Juara Lagu 31.
Finalist Anugerah Juara Lagu 31. Sumber myinfotaip.com

  1. Lelaki Teragung : Dayang Nurfaizah
  2. Terakhir : Sufian Suhaimi
  3. Sudah Ku Tahu : Projector Band
  4. Selamanya Cinta : Alif Satar & Shila Amzah
  5. Terimaku Seadanya : Misha Omar & Hafiz Suip
  6. Ku Rela Dibenci : Aiman Tino
  7. Di Amaran Mama : Hazama & The Penglipur Lara
  8. Obses : Akim & The Majistret
  9. Setia : Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
  10. Kalah Dalam Menang : Syamsul Yusof & Mawi
  11. Hang Pi Mana : Khalifah
  12. Anugerah Terindah : Black 

Sebanyak 12 lagu berentap merebut tempat untuk memenangi anugerah ni. Pada cikla, saingan mesti sengit kan sebab lagu yang masuk semuanya best-best. Tapi itulah, kalah menang adat bertanding. 

Apa yang penting berusahalah sebaik mungkin. Dah dapat masuk final pun dah ok dah tu. Bukan senang kot.

So, nantikan dan saksikanlah Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung pada 22 Januari 2017 pukul 9 malam, di PWTC Kuala Lumpur. Oklah, itu je nak cerita.

Sumber SINI.