Resepi agar agar milo paling senang nak buat.

Ada peminat agar agar tak sini? Cikla agak resepi agar-agar paling senang nak buat kan. Tak payah guna mixer, oven, kukus. Lebur dalam periuk, sudah. Hihi. Kebetulan, masa nak raya haritu terbeli agar-agar tali terlebih, ingat nak buat time rayalah konon, tapi mood ke laut haha, tak boleh nak balik raya kan. Try test lah buat agar-agar milo ni ha. Apa lagi, dengan pantas tanya resepi dekat master chef, hahaha mak cikla lerrr.

Check bahan semua ada, kita onzzz.

Resepi agar agar milo paling senang nak buat.
Resepi agar agar milo paling senang nak buat.

Bahan-bahan:

1 peket agar-agar tali.
1 tin susu sejat.
1 cawan milo.
1/2 cawan gula (ikut manis memasing).
2 sudu besar serbuk koko. (nak letak pun ok, tak letak pun takpe).
Air secukupnya.

Cara nak buat:

Dalam periuk yang sesuai, masukkan agar-agar dengan air. Masak agar-agar sampai larut semuanya. Bila dah larut, masukkan gula, susu sejat, serbuk milo dan serbuk koko. Kacau sampai semuanya melarut sepenuhnya. Dah mendidih, masukkan agar-agar yang dah siap dimasak tu dalam acuan kegemaran korang. Cikla dekat dalam loyang je. Nanti senang nak potong-potong. Biarkan sekejap, dah sejuk sikit baru masukkan dalam peti sejuk. Dah keras betul baru dipotong. 

Inilah hasilnya. Oklah kan, buat makan sendiri, jamu keluarga. Hihi.

Resepi agar agar milo paling senang nak buat.
Resepi agar agar milo paling senang nak buat.

Resepi agar agar milo paling senang nak buat.
Resepi agar agar milo paling senang nak buat.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Selalu jumpa agar² coklat..Ni Milo, menarik

    ReplyDelete
  2. Alahaiii sejuk aje nengoknyaaa puding tu...nak buat laa, lama tak buat puding-puding gini sejak raya ni..

    ReplyDelete
  3. wah nampak sodap yoo..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews