Penyakit bipolar? Apa tu?

Korang pernah tak dengar mengenai penyakit biopolar? Tau tak apa sebenarnya penyakit ni? Haaa, untuk pengetahuan korang penyakit bipolar adalah penyakit mental yag menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mood atau rasa hati yang terlampau atau keterlaluan. 

Penyakit ni jugak boleh menjejaskan tenaga dan keboleh fungsi seseorang dari segi fizikal dan psikologi. 

Penyakit bipolar? Apa tu?
Penyakit bipolar? Apa tu? Gambar kredit Google.

Hurmmm, apa pulak simptom dia? 

Simptom yang biasa adalah melibatkan perasaan iaitu mempunyai perasaan terlalu gembira, over confident lebih dari biasa, cepat marah, rasa sedih yang melampau, bertenaga tapi resah gelisah, rasa bersalah yang kerterlaluan dan tak menikmati hidup dengan sepatutnya. 

Selain tu, dari segi tingkah laku pulak, pesakit akan kurang selera makan, cuai, tak tidur, terlalu aktif, letih sokmo dan hilang minat. Dari segi pemikiran, pesakita akan rasa tak tenang, kurang tumpuan, hilang pertimbangan dalam melakukan sesuatu dan sentiasa 'berfikir'.

Penyakit bipolar? Apa tu?
Penyakit bipolar? Apa tu? Gambar Kredit Google. 

Untuk pengetahuan korang, penyakit bipolar ni ada penyebabnya, iaitu :

  • Sejarah keluarga. Mungkin ada saudara terdekat yang menghidapi penyakit ni.
  • Ketakstabilan bahan kimia dalam badan. Terdapat paras norepinephrin (nuerotransmitter) yang tak seimbang.
  • Faktor psikosial. Pesakit mungkin mengalami stress dalam kehidupan seharian, atau pengambilan dadah dan alkohol berlebihan.
  • Kesan ubat-ubatan seperti steroid. 

Sumber : Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Bahagia Ulu Kinta. 

2 comments:

  1. Semoga Allah memelihara kita semua daripada penyakit yang berbahaya ini AMin~

    ReplyDelete
  2. Apa2 pun kalau ada simptom, baik ambil rawatan kan :)

    Follow 725

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews