Lagu Lelaki Teragung Juara AJL 31.

By Cikla Shahril - January 23, 2017

Mungkin ramai dah yang menyangka dan mengagak lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah menang AJL tahun ni. Pendapat cikla memang layak lagu menang, disebabkan kemantapan vokal, lirik dan arrangement music dia pun best

Tahniah Dayang, sebab merangkul 2 tempat iaitu Juara dan vokal terbaik. Vokal Dayang menang mantap dan best, dan kalau korang nak tau Dayang menang vokal terbaik 3 tahun berturut-turut. Wow!

Lagu Lelaki Teragung Juara AJL 31.
Lagu Lelaki Teragung Juara AJL 31. Sumber image Google.

So, berikut merupakan keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-31;

Juara : Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah).
Kedua : Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip).
Ketiga : Sudah Ku Tahu (Projector Band).
Vokal terbaik : Dayang Nurfaizah.
Persembahan terbaik : Khalifah.

Tahniah sekali lagi kepada pemenang yang lain. Memang tak boleh nak pertikaikan lagi, sebab keputusan juri professional kan. Mesti ada sebab kukuh kenapa mereka memilih mereka ini menjadi pemenang. 

Tapi, kecewa jugak lagu Kalah dalam Menang (Mawi feat Syamsul Yusuf ) tak dapat sebab bagi cikla lirik lagu dan melodi dia bagus. Lagipun lirik lagu tu penuh makna dan pengisian yang baik. Cikla guess lagu tu boleh dapat at least ketiga. 

Lagu Selamanya Cinta (Aliff Satar &  Shila Amzah) pun best jugak. Ermm, takpelah. Lagipun, pendapat cikla, kita berbalik kepada REZEKI kan. Mungkin rezeki mereka lain kali kot. Dah rezeki mereka yang terpilih tu menang.

Tapi, memang tak sangka Hang Pi Mana (Khalifah) menang persembahan terbaik. Tak sia-sia bawak ayam naik pentas kan. Siap bawak 'satu' kampung lagi. Meriah dan berbaloi tu. RM12k tu, banyak woooo....

Oklah, itu je nak cerita.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. wah. nanti nak tengok ulangan dekat tonton la.

    ReplyDelete
  2. wow !!! ju xda tgk live semalam, btw congrts Dayang ! u deserve it ! =D

    ReplyDelete
  3. yes untung la khalifah.
    maybe berkat bwk emak abah naik pentas kot.
    and actually meriah performance diorang.
    happy. ada dikir barat lg.
    tu kot tambah markah...

    ReplyDelete
  4. waah thniah kpd para pemenang..masyuk tu

    ReplyDelete