Cantik hanya dengan tomato sahaja.

By Cikla Shahril - January 12, 2017

Kalau sebelum ni kita tau tomato digunakan dalam masakan, dan boleh jugak kalau nak makan macam tu je. Makan mentah-mentah buat ulam. Sedapnya lahai. 

Tomato juga begitu sinonim dengan kecantikan sebab ia dipercayai mengandungi macam-macam khasiat untuk kulit wajah kita. So, jangan tak percaya kalau cikla cakap korang boleh cantik hanya dengan tomato sahaja.

Basically, tomato memang kaya dengan vitamin A dan C, dan ada yang mengatakan semakin masak dan 'matang' tomato itu semakin banyak kandungan vitaminnya. 

Tomato juga mengandungi likopena iaitu antioksidan yang sangat-sangat bagus dalam menentang radikal bebas yang masuk ke dalam badan kita. 

Biasanya mesti korang pernah tengok dalam buah tomato ada macam 'gel' tu kan? Ala, yang ada sekali dengan bijinya tu.

Sebenarnya, gel ni sangat berkhasiat kerana ia dapat mencegah pembekuan darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. 

Cikla tak nak cerita kebaikan tomato untuk kesihatan, tapi cikla nak cerita ajaibnya tomato dalam kecantikan. Korang nak tau tak? Teruskan pembacaan korang tau.

Cantik hanya dengan tomato sahaja.
Cantik hanya dengan tomato sahaja. Sumber Google.

Cikla percaya, perempuanlah terutamanya kalau menjenguk cik jerawat walaupun sebijik pun, memang dah runsing dah. Hari-hari dok belek, dok telek muka kat cermin. Betul tak? Hihi. Dah dah, lepas ni korang tak yah pening risau gusar lagi. Guna je tomato. 

Caranya senang je. Lenyekkan buah tomato dan sapukan pada keseluruhan muka korang yang berjerawat tu. Lepas tu, biarkan selama lebih kurang 30-40 minit atau sampai kering. Kemudian, cuci dan bilas muka dengan air suam. 

Kalau korang nak kesannya cepat, lakukan secara konsisten, 2 kali seminggu. Hasilnya, jerawat korang akan mengecut sebab tomato bertindak menyerap minyak yang berlebihan pada muka sekaligus menyejukkan kulit. Kulit muka korang pun akan licin. Cubalah! 

Bintik hitam pada muka memang mengusarkan. Betul tak? 

Takpe, guna je tomato sebab ia boleh membantu mengurangkan sekaligus memudarkan semua bintik hitam ni. Caranya pun senang je, just potong tomato kepada 2 bahagian, kemudian ambil sebelahnya dan sapu pada muka yang problem tu. 

Apa yang penting, korang kena buat secara konsisten, lama-kelamaan bintik hitam tu semua semakin memudar dan seterusnya hilang. InshaAllah.

Ada orang mempunyai pori atau liang kulit yang besar. 

Tomato juga boleh membantu mengecilkan liang pori yang besar ini. Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit air perahan tomato dalam putih telur, kemudian sapu campuran itu ke muka korang dan biar sampai kering. Kiranya macam masker lah ni. 

Bila dah kering, bilas atau cuci muka korang tu dengan jus lemon/lime. Last sekali, baru bilas dengan air suam sampai bersih. 

Ada sesetengah orang pulak mempunyai kulit jenis kering

So, jangan risau tomato ada. Hihi. Just campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli dan jadikan campuran ni sebagai pupur muka. Lepas tu, macam biasa sapu campuran tersebut ke seluruh muka korang. 

Biarkan seketika kira-kira 30 minit macam tu sebelum dibilas dengan air suam. Petua ni dikatakan mampu menjadikan kulit muka korang lebih lembap dan semestinya berseri-seri. 

Bagi cikla, apa yang penting kerajinan kita mempelai badan kita ni. Kalau malas, bagi apa pun petua memang tak jalan dah.

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Kak Sue suka makan tomato,tapi tak ada la ambil setiap hari..

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu cuci muka guna buah tomato... Tips untuk cantikkan kulit yg dapat dr Che Ta... hahaha

    ReplyDelete
  3. Netul dah tu cik la. Maznee nak tambah sikit. Likopen tu banyak kalau tomato tu dimasak. Bagus untuk antikanser

    Kalau makan mentah banyak vitamin A & C.

    😃 Sama macam tembikai. Siapa naknkulit cantik makannlah tomato & tembikai setiap hari

    ReplyDelete
  4. Mudah ny dptkn kulit wajah cntik kan ? yg penting kena konsisten pgunaan seharian mesti nmpk hasil dlm tempoh tdekat =D

    ReplyDelete