Beza antara ibu bapa dan anak-anak.

By Cikla Shahril - January 31, 2017

Jom kita baca sedikit tazkirah "beza antara ibu bapa dan anak-anak." ini. Semoga perkongsian ini akan membuka pintu hati kita supaya lebih menyayangi kedua ibu dan bapa kita. Jom baca jom.

Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa. Anak-anak boleh bebas dlm rumah ibu bapa. 

Mereka boleh makan apa sahaja yang mereka nak, tengok siaran tv pun ikut suka, malah mereka selamba je menggunakan apa saja kepunyaan ibu bapa ikut suka.

Tapi, tak semua ibu bapa boleh buat sesuka hati mereka kat rumah anak-anak. Mereka tak boleh masak sesuka hati, mereka tak boleh makan apa yg ada dalam peti ais ikut suka, malah mereka tak buat apa sahaja ikut suka. Tapi, anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa mereka. 

Begitu juga, kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak, tapi anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Hatta, minyak penuh balik kosong pun ibu bapa tak kisah. Kalau rosak pulak takpe, semua ibu bapa yang tanggung.

Tapi, tak semua kenderaan anak-anak ibu bapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati. Nanti takut rosaklah, takut langgarlah, takut calarlah. 

Kalau guna pun, pastikan minyak penuh semula. Kalau rosak pun, ibu bapa kena hantar pomen baiki sebelum pulangkan semula kepada anak- anak.

Itulah bezanya ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa sentiasa mengasihi anak-anaknya. Tetapi anak-anak, belum tentu mengasihi ibu bapa. Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibu bapa. 

Mereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka takde masa hantar ibu bapa ke klinik bila ibu dan bapa memerlukan.

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti, tapi mereka takde masa untuk cuti dan balik menziarahi ibu bapa yang rindukan mereka. Mereka sayang ambil cuti untuk melawat ibu dan bapa mereka. Mereka terlalu sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan, tapi mereka tak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin. Huh... 

Ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka sempurna walaupun semampu yang ada. Tapi, anak-anak belum tentu mampu untuk menyempurnakan hajat ibu bapa mereka walaupun anak-anak berharta. Bila isteri bercerita anak tahu apa yang isteri mahukan. 

Tapi bila ibu bapa yang bercerita pulak, anak-anak buat tak faham apa yang ibu bapa mereka mahukan. Ibu bapa tak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibu bapa takut anak akan terasa.

Subahanallah. Allahuakhbar. Kadang-kadang kita telah melakukan silap tanpa kita sedari. 

Nah, hati ibu bapa kita pun dah terguris. Mereka tak akan bagitau kita pun tentang apa yang mereka rasa. 

Mungkin kita belum lagi pernah merasa menjadi seorang ibu atau ayah, tapi menjadi ibu dan bapa itu pasti, cepat atau lambatnya.

Beza antara ibu bapa dan anak-anak...
Beza antara ibu bapa dan anak-anak... Sumber Pinterest.

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti. Insha Allah. Aamiin.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments