Hati, rasa dan iman macam rollercoaster?

Pernah tak rasa hidup kita ni macam naik rollercoaster? Kadang-kadang kita happy macam dapat durian runtuh, kadang-kadang gelisah macam ada lipas dalam bilik. 

Perasaan kita ni memang unik. Dia datang tanpa bagi notis, kadang okay, kadang tak. Tapi, semua tu adalah "hadiah" dari Allah, tau. Bukan sekadar untuk kita rasa, tapi untuk kita belajar dan faham.

Dalam masa kita rasa gelisah, mungkin Allah nak kita ingat yang Dia sentiasa ada. Masa kita rasa sedih, itu peluang kita merayu, merintih pada Allah. 

Bila hati rasa sunyi, mungkin Allah nak kita cari Dia. Setiap perasaan tu ada makna, walaupun kadang rasa macam kena "main-main" je dengan emosi.

Hati, rasa dan iman macam rollercoaster?
Gambar sekadar hiasan.

Iman kita pun, sama macam perasaan. Ada masa naik, ada masa turun. Tak pelik, sebab memang normal. Tapi, yang penting, sentiasa bawa hati kita dekat dengan Allah. Jangan lupa, Allah yang pegang hati kita ni, jadi rajin-rajinlah berdoa agar Dia kekalkan hati kita dalam keimanan. 

Senang cerita, doa supaya rollercoaster hati kita tu sentiasa ada "brake", tak terus meluncur tanpa arah.

Kita manusia, hati dan iman ni sentiasa bergerak. Tapi, selama mana kita sedar yang Allah sentiasa dekat, tak kisahlah rollercoaster macam mana pun kita lalui, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi dengan selamat.

Salam ceria. ๐Ÿ˜€

2 comments:

  1. Life is like Roller Coaster you know.. Sometimes you dekat atas sometimes u kat bawah, sometimes you elok je ditengah. Yang pasti "Roller Coaster" tersebut pasti akan berakhir dan ia takkan berkekalan. Cuma diri kita je boleh buat keputusan sama ada nak enjoy lagi atau pun tidak.

    ReplyDelete
  2. Beberapa kali saya merasakan ini. Terkadang saat happy, agak menjauh dari Allah. Tp di saat sedih, Allah yg dicari. Malu sebenarnya. Tapi saya belajar utk tidak sering begitu. Caranya, jangan terlalu happy sangat. Gembira, senang, boleh. Tapi yg wajar. Terkadang kalo tersangat happy, kita suka lupa dengan yg di Atas.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews