Bertudung, tapi...

Sekarang ni cikla tengok ramai dah berhijab. Tak kiralah orang biasa atau artis kita. Eloklah, perubahan yang baik tu. Apa yang baik, eloklah kita support. Betul tak? 

Tapi, sebenarnya tanpa kita sedar, walaupun kita ni berhijab dan bertudung litup, kadang-kadang ada beberapa hal yang mungkin kita terlupa dan terlepas pandang. 

Cikla bukan nak cakap cikla ni perfect sangat, serba serbi bagus tapi tak salah rasanya kita saling ingat mengingati dan tegur menegur. Cuma terpulang pada mereka sama ada nak terima atau sebaliknya. Rasanya sebelum ni cikla ada share pasal ni kan. 

Untuk refreshing balik, klik SINI untuk baca entri lepas.

Bertudung, tapi.......
Bertudung, tapi... Kredit Google. 

Ok ok. Jom kita baca lagi apakah kesilapan kaum perempuan bertudung. Orang cakap 'add-on' apa yang dah cikla share sebelum ni. 

Mari kita semak sama-sama.

  1. Bertudung tapi tak menutup dada. Orang cakap fesyen 'selepang-selepang' ni. 
  2. Bertudung tapi lengan baju singkat dan ketat. 
  3. Bertudung tapi berseluar jeans ketat sampai menampakkan bentuk betis dan peha.
  4. Bertudung tapi berlaku jarang, nipis, dan singkat, tak menutup punggung.
  5. Bertudung tapi akhlak tak jaga.
  6. Bertudung, tapi kejap pakai kejap tak pakai. Orang cakap tak tetap pendirian. 
  7. Bertudung tapi tak pakai hand sock lebih lebih lagi masa pakai baju berlengan pendek. 
  8. Bertudung tapi bila nak sidai kain ke, sapu sampai kat laman rumah ke, tak pakai tudung pulak.
  9. Bertudung tapi bila bersolek, over kemain pulak. Bedak 12 inci, itu belum lagi 'eye shadow'nya, blusher'nya, lipstick kat bibir tu yang merah menyala.
  10. Bertudung, tapi hobinya suka mengata orang pulak. Pantang duduk 'berlonggok-longgok', mulalah mengata anak si timah, anak si Jemah. Ish ish ish. Itu belum lagi hina-hina. Kutuk mengutuk. Nauzubillah. takMintak dijauhkanlah.
  11. Bertudung, tapi solat pun kadang-kadang lompat lompat. Kalau 'bendera merah' tu lain ceritanyalah kan.
  12. Bertudung, tapi tak suka dengar pasal agama. Kalau majlis-majlis ilmu tu memang  amik port lah.

Cikla akui ada beberapa perkara di atas yang cikla pernah buat. Orang cakap sebagai manusia biasa kadang kadang kita 'terlupa. Marilah sama sama kita perbaiki mana yang silap, semoga niat kita diberkati olehNya.

Apa yang penting, istiqamah. Jom kita berubah kepada yang lebih baik.

Sumber : facebook.com.

9 comments:

  1. yup betul tu kita pun tak kata diri kita perfect adalah kesilapan ,,tapi kesilapan boleh diperbetulkan, tapi perasan setengah blogger x nak cakap blogger mana hii walaupun dah bertudung ,, tapi mungkin gambar zaman silam tak bertudung masih tempek kat blog untuk jadi tatapan umum..tempek kekal dekat side bar.. kalau fikir nak betul2 berubah ..udahlah tu kita letak gambar zaman silam kita yang tak bertudung kan.. ,, sekadar pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sama sama sentiasa diberi hidayah olehNya... Amin

      Delete
    2. Salam cik La... Tq for this good reminder . Kadang-kadang kita sebagai manusia terlupa atau tak sedar kan ... And nadia pun mengaku ada jugak several items di atas nadia pun pernah buat. Again it's a good reminder to all of us. =)

      Delete
    3. InshaAllah nad. Semoga kita sama2 dpt perbaiki diri kita jd lebih baik... Amin

      Delete
    4. Insyaallaj . Amin . =)

      Delete
  2. Terima kasih atas teguran ini CikLa..PC pun wajib perbaiki diri...bila ada ingatan begini syukur sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... Semoga kita lebih istiqamah...

      Delete
  3. in shaa Allah.
    sama2 la kita baiki diri sendiri.
    dan sharing kat semua tips di atas agar semua org dpt baiki diri ekk.
    aida pun kekadang tudung tak sempurna :(

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni deeba lebih senang bertudung sarung je..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews