Gambar comel pelakon Jaja Iliyes, heroin drama Papa Nak Menantu, TV3.

By Cikla Shahril - March 11, 2018

Cikla pernah share dengan korang sinopsis mengenai drama ni. Tapi, bagi cikla apa yang menarik watak pelakon drama ni adalah watak Pak Saad yang dibawa oleh pelakon versatile, Aman Graseka. First time cikla tengok dia bawak watak 'lelaki lembut'. Menjadi sungguh.

Sebenarnya, cikla bukan nak share pasal 'pak saad' ni, tapi cikla nak share mengenai pelakon yang melakonkan watak anak pak saad tu, watak Syairah iaitu Jaja Iliyes. 

Bagi cikla, Jaja Iliyes ni antara pelakon baru yang semakin meningkat naik. Walaupun dia pelakon baru, tapi cikla rasa semua watak yang dilakonkannya menjadi sebab cikla ada jugak tengok drama lain lakonan dia sebelum ni. 

Adatlah kan, masih baru. Bak kata orang, masih banyak lagi ilmu dan pengalaman yang belum ditimba.

Nama sebenar Jaja Iliyes adalah Siti Hajar Iliyes anak bongsu yang dilahirkan pada tahun 1995. Asal Segamat, Johor. 

Jaja Iliyes pernah menjadi finalis untuk Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dan telah berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem. 

Selain dari berlakon, beliau juga seorang model. Jaja Iliyes mula dikenali melalui drama 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku.

Selain itu, Jaja juga merupakan graduan Diploma Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Jaja memulakan kerjaya beliau melalui uji bakat yang diadakan semasa Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2016 dan  memulakan telefilem pertama bertajuk Seutas Gelang Emas dan sebagai watak pembantu dalam Cikgu Dina Pakai Prada dan beberapa buah drama seperti 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku.

Jom kita layan gambar comel Jaja pulak.

Kepada Jaja, semoga terus sukses.

Kredit SINI, Kredit gambar SINI. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. aida kenal dia ni dlm citer 7hari mencintaiku.
    comel lote.
    the next drama tak silap nyer aida tgk dia jadik jahat plak :)
    seksi!

    ReplyDelete