Kadang-kadang memang tak dinafikan ada keadaan di mana, pokok buah jiran yang masak ranum buahnya menjulur masuk ke kawasan rumah kita.
So, apakah hukumnya jika kita mengambil buah-buahan ini, yang mana ia jatuh di halaman rumah kita? Ini ada jawapannya.
Menurut Ustaz Ahmad Zainal Abidin (Setiausaha MUIS), hukum asal keadaan ini adalah haram jika mengambil atau memakan buah tersebut.
Ini kerana ia adalah milik orang lain kecuali kalau diberi izin untuk mengambilnya. Tambahan pula, hal ini adalah termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara salah (batil).
Ini sesuai dengan firman Allah SWT, yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah." (Surah Al-Baqarah ayat 188).
Akan tetapi, syarak mengiktiraf adat dan budaya baik sesuatu tempat itu.
Kalau adat dan budaya sesuatu masyarakat itu (yang mana hidup berjiran), bahkan mereja saling membenarkan dan menghalalkan sesama mereka, makanya ia adalah dibenarkan mengambil dan memakannya.
Walaubagaimanapun, adalah lebih baik kita tidak mengambil atau memakannya kecuali ia telah diketahui secara pasti bahawa jiran tersebut sememangnya seorang yang baik hati, atau terus meminta izin daripada tuan punya pokok.
Imam Nawawi telah berkata dalam kitab Majmuk, mengatakan:
"Hukum buah yang jatuh adalah mengikut hukum buah yang berada di atas pokok (milik tuan pokok) samada jatuh dalam halamannya atau halaman jirannya sekiranya adat sesuatu tempat tuan pokok tidak menghalalkan buah tersebut kepada orang lain. Akan tetapi jika adat sesuatu tempat tuan pokok sememangnya menghalalkannya kepada orang lain, maka pandangan yang paling sahih ia adalah halal." (Rujukan : Majmuk karangan Imam Nawawi)
Waallahualam.
betul tu haram, tapi ramai yang tak tahu
ReplyDeleteKdg2 hal yg kita nmpk remeh, sbnrnya penting utk kita ambil tahu kan
DeleteTerima kasih perkongsian ilmiah ini Cikla...ada yang mengambil ringan akan hal ini sebenarnya....bahaya kerana ianya menjadi darah daging..
ReplyDeleteSetuju sgt dgn PC. Apa yg dimkn jg drh daging. So, mmg penting utk pastikan sumbernya.
Deleteharitu ada dengar dekat radio ada yang makan buah dari pokok rumah sebelah dengan alasan buah tu jatuh tempat dia. Harap tuan pokok halalkan la buah dia makan tu
ReplyDeleteHarapnya begitulah...
Deletegood sharing !
ReplyDeleteSemoga bermanfaat...
DeleteAlhamdulillah jelas
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Deletesiapa yang ambil tu kena minta maaf dengan jiran lah jawabnya dan minta halalkan
ReplyDeletehehehe
Mcm itulah kekdahnya.. Tp kdg2 manusia ni hal mcm ni selalu ambil ringan, padahal berat jugak sbb apa yg dimkn jd darah daging kan... Tak bolehlah nk anggap yg tuan buah tu halalkan. Hati manusia manalah kita tau kn...
Deletenice sharing sis :D kekadang ramai amik remeh benda ni kan
ReplyDeleteTau takpe. ..
Deletetapi ada juga yang buat tak tahu. main rembat je. sabar je la
ReplyDeleteni standard la kot. memang haram. ibarat mencuri.
ReplyDeletetapi tu la. lain la kalau kita kenal org nyer.
mostly zaman skang, org kalau tanam, niat bersedekah...