Jom kenali jenis-jenis jerawat.

Jerawat, jerawat, jerawat! Kehadirannya walau seketul pun di pipi kita menggamit rasa gundah gulana sepanjang masa. Adoi. Begitu hebatnya penangan si jerawat ni. Sebenarnya, jerawat ni ada jenis-jenisnya. Biasa jerawat yang cikla tau, jerawat batu dengan jerawat nasi (yang putih-putih tu). 

Jom kita check apakah jenis-jenis jerawat yang selalu muncul di muka.

Jom kenali jenis-jenis jerawat.

Jenis 1 : Pustule.

Pustule terjadi apabila liang kulit yang  tersumbat mengalami jangkitan lalu membengkak atau kemerahan dan bernanah. Bahagian tengahnya berwarna putih atau kuning seperti gunung berapi yang nak meletus.

Jenis 2 : Papule.

Papules adalah jerawat yang meradang yang mana ia  terjadi akibat pori-pori yang tersumbat. Jerawat jenis ini berbentuk benjolan kecil berwarna merah dan terasa lembut jika disentuh.

Jenis 3 : Whitehead. 

Whitehead wujud disebabkan oleh terdapatnya lebihan minyak dan kulit mati yang mana kedua-duanya terperangkap di bawah liang yang tertutup. So, minyak dan bakteria yang terperangkap ini akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan.

Jenis 4 : Blackhead.

Blackhead terjadi bila adanya lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar “sebaceous”. Blackhead adalah pori yang tersumbat tapi dalam keadaan permukaan kulit yang terbuka. Bila ia terdedah kepada udara, maka akan berlakunya  pengoksidaan yang akan  menyebabkan warna lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya kulit kita ni mempunyai berjuta-juta liang pori dan di dalam setiap liang pori itu ada kelenjar minyak. So, bila ia tersumbat, maka inilah punca terjadinya jerawat lebih teruk.

Begitulah kekdahnya.

Kredit : Telegram.me/PetuaDanKesihatan

5 comments:

  1. rasanya semua ada dekat muka haha

    ReplyDelete
  2. Blackhead dgn whitehead je yg selalu dengar.huhu

    ReplyDelete
  3. nyampah dgn jerawat!
    tak kisah le jenis pe.
    rasanya semua ada kot kat muka ni sesekali :(

    ReplyDelete
  4. ada bnyk jenis rupanya;. hehe

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews