Apakah pilihan buah yang terbaik semasa berdiet?

By Cikla Shahril - March 14, 2018

Ada orang memang suka mengambil buah sebagai salah satu dari menu dietnya yang utama. Memang betullah tu, sebab ada beberapa jenis buah yang boleh dipilih untuk dijadikan snek diet korang. Sihat pun sihat kan! Ada 5 jenis pilihan buah yang terbaik, iaitu:

Apakah pilihan buah yang terbaik semasa berdiet?

Buah berkarbohidrat rendah, iaitu buah yang mengandungi kandungan air yang banyak dan memberikan tenaga untuk pengaliran darah. 

Untuk pengetahuan korang, pengambilan buah sebegini dikatakan mempunyai peluang besar untuk menurunkan berat badan sebab ia tak mengandungi gula dan turut mengenyangkan. 

Contoh, tembikai, pic, epal dan betik. 

Buah berkarbohidrat tinggi, iaitu buah yang mampu memberikan tenaga untuk melancarkan sistem penghadaman dan memberikan gula yang bagus yang mana ia diperlukan oleh badan kita. Buah sebegini elok diambil semasa breakfast

Contoh, pisang, pir, buah kiwi, nanas, mangga dan anggur. 

Buah yang mengandungi banyak air, iaitu buah yang dapat mengelakkan kita daripada dehidrasi selain ia dapat memberikan kita tenaga untuk kita melakukan sebarang aktiviti. 

Contoh, tembikai, tembikai susu, dan tembikai madu. 

Buah-buahan kering, yang mana ia boleh dijadikan sebagai pelengkap menu diet korang. Buah ini mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di samping ia sangat sesuai untuk korang yang mahu menurunkan kolesterol. 

Contoh, anggur kering, kurma dan buah plum. 

Buah berry dan citrus, iaitu buah yang memberi sedikit sumber karbohidrat. Selain itu, ia dikatakan mampu untuk mengeluarkan zat-zat beracun dalam badan di samping membersihkan darah. 

Contoh, raspberi, blackberry, cranberry, strawberi dan blueberry.

Selamat berdiet!

Kredit : Ruangan Kelab Diet, Majalah Wanita Dis 2017.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments