Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi.

By Cikla Shahril - March 27, 2018

Mereka yang mengikuti progran Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama mesti tak sabar-savar untuk mengikuti program ni untuk musim kedua kan. 

Cikla takdelah follow sangat program ni dulu, tapi adalah tengok masa peringkat akhir tu, kumpulan nasyid UNIC yang menang kan, kalau tak silaplah. Hehe. 

Terbaru, program ini kembali lagi dengan penyertaan 6 peserta berkumpulan dan 5 peserta solo yang akan bersaing merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000. Wow, banyak tu.

Untuk pengetahuan korang, konsep pertandingan tetap dikekalkan iaitu konsep ketuhanan sama seperti musim pertama. Korang mesti nak tau kan siapakah artis yang bertuah layak menyertai GGV kali ini. 

Apa yang cikla boleh katakan, kebanyakan artis yang join program ni kali ni tak membawa lagu bergenre nasyid. So, memang tak sabar kan nak tengok, artis yang banyak menyanyi lagi cintan cintun, kena menyanyi lagu berunsur ketuhanan.

Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi.
Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi. 

Senarai peserta Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2. 

Berikut merupakan senarai peserta Program Gema Gegar Vaganza musim ke-2 :

  1. Kumpulan Brothers. 
  2. Kumpulan Devotees. 
  3. Kumpulan InTeam. 
  4. Kumpulan Mestica. 
  5. Kumpulan Rabithah. 
  6. Pasangan duo Heliza dan Hazwani. 
  7. Adeep Nahar. 
  8. Awi Rafael. 
  9. Farah Asyikin. 
  10. Fitri Haris. 
  11. Ippo Hafiz.

Wah, Awi Rafael dengan Ippo Hafiz pun adalah. Tak sabar pulak nak tengok nanti. Mesti dashyat-dashyatkan nanti persembahan diaorang ni. 

So, nantikan program berprestij ini bertemakan Gema Irama Terindah yang akan dihoskan oleh Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim. 

Program ini akan bersiaran secara langsung selama 7 minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil yang akan bermula pada 31 Mac ini.

GGV juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) setiap hari Sabtu, 9 malam. Wah, kena tengok ni. Jangan lupa tengok tau!

Kredit Harian Metro ruangan RAP.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments