'santai tapi sampai'

Untuk  memiliki rumahtangga yang aman, rukun dan damai tak susah sebenarnya. Pendapat cikla, ia dapat direalisasikan dengan adanya toleransi...

Tip kerukunan rumahtangga antara pasangan dan anak-anak.

Untuk  memiliki rumahtangga yang aman, rukun dan damai tak susah sebenarnya. Pendapat cikla, ia dapat direalisasikan dengan adanya toleransi dan kerjasama antara suami, isteri dan semua ahli dalam keluarga. 

Kita nak keadaan rumahtangga yang rukun, tapi kita sendiri tak berusaha untuk mewujudkan keadaan itu. Mana boleh nak harapkan sebelah pihak saja, tapi pihak kita tak berbuat apa-apa. 

Lepas tu pulak, tau nak complaint aje. Memang payahlah kalau macam tu.

Sebelum berkahwin atau mendirikan rumahtangga, sebaiknya lelaki dan wanita itu betul-betul memahami apakah tanggungjawab yang mesti diaorang pikul selepas berkahwin. 

Itu belum lagi masuk tanggungjawab setelah memiliki anak, tanggungjawab menjadi lebih besar dan berat. Jangan pandang ringan ye!

Tip kerukunan rumahtangga antara pasangan dan anak-anak.
Tip kerukunan rumahtangga antara pasangan dan anak-anak. Sumber Google.

Seorang suami perlulah menyediakan tempat tinggal yang kondusif untuk keluarganya termasuklah keperluan asas yang lain. 

Selain itu, setiap pasangan perlulah sentiasa menyemarakkan perasaan kasih sayang dan cinta. 

Contohnya ingat tarikh atau peristiwa penting pasangan seperti tarikah lahir, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Suami pula, kalau di rumah bantulah isteri tu apa yang patut. 

Jangan time cuti, kerjanya asyik berlingkar kat depan tv tu sampai main fb. Paling tak pun, keluar lepak kat kedai mamak dengan kawan-kawan. 

So, lepas ni apa kata ringan-ringankanlah tangan tu bantu isteri. Korang kena ingat, isteri bukan bibik atau maid yang disuruh buat ujian itu dan ini. Kesian diaorang kan. 

Lepas ni, pandai-pandailah korang amik hati isteri tu. 

Tip kerukunan rumahtangga antara pasangan dan anak-anak.
Tip kerukunan rumahtangga antara pasangan dan anak-anak. Sumber Google.

Apakah pula tip kerukunan rumahtangga antara anak-anak? 

Pertama : Doa. 
Hanya Allah yang boleh 'memegang' hati-hati manusia. So, ibu bapa perlulah sentiasa memdoakan kesejahteraan anak-anak. Masa yang terbaik mendoakan anak adalah ketika mereka berada dalam keadaan minda separa sedar. 

Kedua : Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mengubah diri  sendiri. 
Kebanyakan anak-anak yang semakin meningkat, pasti menjadikan ibu dan ayahnya sebagai idola atau role model. 

Kalau korang nak tau,  biasanya anak-anak lebih terkesan 83% mengikut apa yg mereka NAMPAK dari apa yang ibu dan ayah mereka CAKAP. 

Mana mungkin bayang-bayang bengkok apabila tiangnya lurus. So, tolong tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak, ok!

Ketiga : Berikan perhatian dan kasih sayang pada anak-anak.
Ia adalah satu keperluan sebenarnya. Gunakan bahasa dengan nada suara yang rendah, memberi perhatian kepada anak-anak tanpa berat sebelah, dan tak terlalu memanjakan mereka. 

Keempat : Mendidik anak-anak secara berterusan. 
Apa yang paling penting, ajarilah anak SOLAT kerana solat secara direct mampu membentuk akhlak manusia. Kalau kita sebagai ibu bapa tak mengajar mereka, mereka tak akan tau sehingga diberitahu.

Kredit : Petikan ceramah Ustaz Zamri Mantop, Masjid Kg Seri Cheeding 14/1/2018.

2 comments:

  1. aida percaya kpd yg pertama, cikla.
    doa ibu ni org kata ada kelebihan kan.
    doa agar kita ni sbg ibu terus bersabar dan berbakti kpd famili.
    ada satu artikel aida baca kat fb, kata nyer nak rosakkan satu famili, rosakkan dulu ibunya.
    agar ibu tu rasa letih, bosan dan marah.
    so, akan porak-peranda la famili tu...

    ReplyDelete