Cuaca sekarang ni sudah mudah panas terik kan. Even, baru pukul 10 pagi pun, bahangnya macam mataharu dah terpacak atas kepala dah rasanya. So, dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, sebaiknya kita mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk mengelakkan kita dari mengalami strok haba yang boleh membawa maut. Orang cakap, beringat sebelum kena. Betul tak?
- Bila berada di luar rumah, korang sangat digalakkan memakai topi atau payung untuk melindungi korang dari pancaran haba ke badan.
- Kita memang sangat digalakkan banyak minum air kosong iaitu 8 liter sehari. Lagi-lagi musim panas ni kan, tak kiralah korang melakukan aktiviti fizikal atau tak. Ia sangat penting untuk mengelakkan korang dari mengalami dehidrasi. Memang bahaya tau!
- Pakailah pakaian yang berwarna cerah, longgar dan ringan untuk mengelakkan haba diserap.
- Bila berada di dalam rumah, gunakanlah kipas angin atau airconds untuk menyejukkan badan.
- Kalau korang menaiki kenderaan dan berhenti di satu-satu tempat, elakkan dari duduk di dalam kenderaan lebih-lebih lagi kenderaan yang bertutup, lepas tu parking pulak dekat tengah panas. Huhu, memang 'masaklah' kalau korang duduk kat dalam tu, dengan airconds tutup pulak tu. So, jangan ye.
- Kalau takde keperluan untuk korang berada di luar rumah, lagi elok orang je kat dalam rumah tu. Dan kalau boleh, hadkanlah aktiviti di luar rumah itu seminima mungkin. Kalau terpaksa jugak untuk berada di luar rumah, jangan lupa pakai sunblock, topi atau payung untuk melindungi korang dari pancaran cahaya matamata yang merbahaya.
- Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan bergula. Lebihkan meminum air kosong, itu lagi bagus. Bagi cikla, kalau minum air manis ni buat kita lagi haus kan. Rasanya memang tak cukuplah sejug air.
Take care korang. Semoga bermanfaat ye!
Kredit Facebook Page Kementerian Kesihatan Malaysia.
Betul. Sekarang ni panasnya bukan nak kata apa, hnya Allah yang tahu. Tu la kena jaga ksihatan,
ReplyDeletememang mencabar waktu panas ni..nak2 baba kesihatan.
ReplyDeleteramai yg bgtau kene minum banyak air masak..
ReplyDelete