'santai tapi sampai'

Isnin baru ni cikla berpeluang bercuti bersama keluarga termasuk mak dengan abah cikla ke Melaka. Sebenarnya, cikla sudah beberapa kali ber...

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.

Isnin baru ni cikla berpeluang bercuti bersama keluarga termasuk mak dengan abah cikla ke Melaka. Sebenarnya, cikla sudah beberapa kali berkunjung ke Melaka ni, dan ada beberapa tempat yang cikla sudah familiar lah katakan. 

Dek kerana abah cikla belum pernah berkunjung ke sini, cikla bawaklah dia berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka ni. Memang excited nampaknya beliau. Hehe. 

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
Sumber Google. 

Bila datang ke Melaka, kita mesti dicadangkan untuk ke beberapa tempat menarik yang ada di negeri Laksamana Hang Tuah ni. 

Apa yang pastinya, tempat-tempat ini adalah tempat yang menarik dan bersejarah. Mereka yang sukakan sejarah mesti takkan melepaskan peluang melawati tempat ini dan sudah pastinya berposinglah kan. Betul tak?

Bagi mereka yang belum pernah datang ke Melaka, cikla nak cadangkan pada korang 3 tempat atau aktiviti menarik yang mesti korang lakukan kalau ke sini. 

Pendek kata, memang tak lengkaplah percutian korang kalau tak melakukan ini. Amboi. Sampai begitu sekali ye. Hehe. Nak tau apakah ia? Jom baca sampai habis.

Aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka, adalah:

Melihat keindahan bandar Melaka dari atas Menara Taming Sari. (Sumber info SINI).

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka. Sumber Google. 

Menara Taming Sari merupakan menara Gyro pertama di Malaysia berketinggian 110 meter. Ia terletak di Bandar Hilir Melaka, iaitu bersebelahan dengan Dataran Pahlawan. 

Apa yang menariknya, apabila naik ke atas, menara berteknologi Swiss ini akan berputar 360 darjah perlahan-lahan supaya para pelawat dapat melihat keindahan keseluruhan bandar Melaka dari atas. 

Korang akan dapat melihat pemandangan kawasan bersejarah seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Masjid Selat sehingga ke replika kapal Flor De La Mar. Setiap satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. 

Untuk pengetahuan korang, menara ini dibuka secara rasmi pada April 2008 dan rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari, sebab itulah namanya Menara Taming Sari.

Selain itu, ia juga boleh memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan waktu operasinya adalah pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket dewasa RM17, kanak-kanak RM11 dan warga emas RM17 seorang. 

Bagi pelancong  asing dewasa RM23 dan kanak-kanak RM15. Apa yang menariknya, pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50% apabila menggunakan perkhidmatan ini.

Cikla dan keluarga berpeluang naik ke menara ni. Walaupun sebelum ni cikla sudah beberapa kali berkunjung ke bandar Melaka, baru kali ni cikla dapat naik Menara Taming Sari ni. Sebelum ni, macam takut je nak naik, pasal tinggi sangat. Gayat kau. Hehe. 

Tapi kan, bila dah sampai ke atas tu, takdelah gayat sangat. Mungkin sebab dapat tengok pemandangan yang super cantik kat atas tu, sampai hilang rasa 'kegayatan'. Hehe. 

Jom cikla share beberapa foto yang menarik yang cikla snap semasa berada di puncak menara.

Untuk more info korang klik je SINI.

Menyusuri sungai Melaka dengan Melaka River Cruise. (Sumber info SINI).

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka. 

Melaka River Cruise adalah salah satu tempat yang korang kena kunjungi. Dengan menggunakan Melaka River Cruise ini, korang akan dibawa menyusuri sepanjang sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit. 

Korang akan dapat melihat deretan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu kat pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. 

Selain itu, korang jugak akan dapat melihat sendiri bagaimana keadaan Kampung Morten, iaitu sebuah perkampungan Melayu tertua dia Malaysia yang mana penghormatan diberikan kepada aspek seni bina Melayu dan mereka masih mengekalkan budaya dan cara hidup mereka. 

Selain itu, terdapat jugak mural-mural menarik yang dilukis di dinding-dinding bangunan di sepanjang sungai. 

Untuk pengetahuan korang, korang boleh baik bot ni samada dari muara Sungai Melaka iaitu berdekatan dengan Muzium Samudera atau dari Taman Rempah Ratus. Harga tiketnya pulak, adalah seperti berikut, dan waktu operasi adalah bermula dari 9 pagi hingga 11.30 malam.

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
Sumber SINI 

Sebenarnya, ini kali kedua cikla nak Melaka River Cruise ni. First time, masa tu bawak mak je. Abang Ammar pun kecik lagi. Cikla ada share pasal ni di SINI

Kalau dulu cikla naik Melaka River Cruise ni pada waktu siang, tapi kali ni cikla naik time malam pulak. 

Pengalamannya pasti berlainan kan. Sudah tentu bangunan di kiri kanan sungai Melaka sangat cantik dihiasi dengan lampu yang berwarna warni. Memang cantik sangat. Lepas tu, suasana pun sejuk je. So, memang best lah. 

Cikla tak amik gambar banyak sangat, sebab cikla banyak ambil video. Lagipun  time ni adik Zara mengamuk pulak, asyik nangis je. Mungkin penat berjalan siang kot. Menang takdan nak snap gambar banyak-banyak.

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka. 

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka. 

Untuk more info korang klik je SINI.

Bersiar-siar mengelilinginya bandar Melaka dengan beca Melaka yang dihias cantik. (Sumber info SINI).

Beca dan masyarakat Melaka sememangnya tak boleh dipisahkan. Ia jugak dijadikan simbol atau simbolik untuk menggambarkan cara hidup dan pengangkutan masyarakat Melaka terutama pada zaman dulu. 

So, para pengunjung diberi peluang menaiki beca Melaka yang telah dihias indah dan dibawa mengelilingi bandar Melaka. Beca yang dihias mengikut tema kartun, sudah tentu menarik minat orang untuk menaikinya lebih-lebih lagi kanak-kanak. Lagilah teruja.

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka. 

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka. 

3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka.
3 aktiviti menarik yang korang kena lakukan bila berkunjung ke bandar Melaka. 

Mana taknya, kebanyakan tema kartun yang digunakan adalah popular seperti Upin Ipin, Baby Shark, Forezen, Princess, dan lain-lain. Lepas tu siap ada music background lagi, berdasarkan tema beca. Menarik kan. 

Kalau korang nakkan suasana sejuk, korang boleh naik beca pada waktu malam sebab perkhidmatan beca Melaka ni sampai pukul 11 malam kalau tak silap cikla. Harga untuk satu trip adalah RM25. Cikla pun pernah share pasal beca ni di SINI.

Antara tempat menarik nak posing semasa dibawa menaiki beca Melaka.

Untuk lebih info, korang boleh berkunjung ke Facebook page Kelab Pemilik Beca Melaka di SINI untuk melihat aktiviti dan promosi harga yanh ditawarkan terutama semasa musim cuti.

So, apa lagi. Kalau korang merancang percutian, apa kata korang pergi ke Melaka terutama pada korang yang belum pernah ke sini. Pastinya korang akan memperolehi pengalaman yang sangat menarik dan tak mungkin korang lupakan.

Moh kita.

0 comments: