Sebelum ni cikla biasa nampak orang jual buah berangan ni kat tepi-tepi jalan. Tapi, cikla tak pernah rasa pun buah ni. Entah macam mana rasanya kan.
Kalau korang nak tau, buah berangan atau chestnut merupakan sejenis tumbuhan daripada kumpulan pokok oak. Walau bagaimanapun, ia jarang dipanggil kacang tapi kalau di Malaysia ia lebih dikenali sebagai buah berangan.
Sebenarnya, berangan adalah berasal dari biji buah berangan. Biasanya, ia dilihat dalam bentuk bijinya yang berwarna coklat, tapi ramai orang termasuklah cikla tak pernah pun tengok macam mana 'rupa paras' berangan ni sebenarnya.
Berangan ni mempunyai bahagian luar dia seakan-akan rambutan tapi ia berbulu tajam dan keras. Ada 4 jenis spesis utama berangan iaitu berangan Eropah, China, Jepun dan Amerika.
Berangan yang korang selalu nampak orang jual tu kebanyakannya dari China yang mana ia bersaiz lebih kecil berbanding yang lain. Ia lebih sedap dimakan secara rebus dan goreng sebab ia rasa kelat kalau dimakan mentah.
Namun, ada jugak yang menjadikannya bahan premium sebagai pemanis mulut termasuk kek dan jem.
Mungkin ramai yang tak tahu berangan ini banyak khasiatnya dan bagus untuk kesihatan, iaitu :
Berangan, sejenis kacang yang dipanggil buah. Sumber Google. |
- Berangan mentah adalah satu-satunya bijirin yang mengandungi vitamin C. Ada kajian yang mengatakan, vitamin C yang terkandung di dalamnya adalah sama dengan buah lemon. So, ia amat baik untuk memperbaiki sistem imunisasi badan, selain ia dapat membantu mengelakkan kita dari serangan jantung dan strok.
- Sumber makanan yang bagus untuk melancarkan darah dalam badan kerana zat kalium yang terkandung di dalamnya bersifat mengawal di semua jaringan vital badan supaya stabil. Selain itu, ia juga mampu menghapuskan jaringan kolesterol yang ada di sekitar injap jantung supaya sentiasa normal.
- Makanan rendah kalori yang mana jauh lebih rendah dari jenis kacang lain seperti walnut dan almond, di samping ia tidak mengandungi kolesterol, lemak yang sikit, dan tiada gluten.
- Merupakan alternatif kepada sumber karbohidrat yang lain.
Semoga bermanfaat.
Kredit Ruangan K2, KOSMO!
Salam
ReplyDelete