Bagi sesetengah orang, sudah menjadi kebiasaan yang mana mereka 'membersihkan' telinga mereka dengan mengorek tahi telinga menggunakan putik kapas atau besi kecil khas untuk mengorek telinga. Rasanya, semua orang pun macam tu kan, termasuklah cikla. Hehe. Betul tak?
Tapi, kalau cikla bukan setakat 'mengeluarkan' najis di situ, malah kalau telinga rasa gatal pun cikla menggunakan kaedah yang sama, iaitu guna putik kapas.
Sebenarnya, kita tak perlu pun nak korek tahi telinga tu. Aik, dengar macam pelik jugak kan. Macam mana kalau kita rasa telinga kita ni tak selasa, gatal dan sebagainya? Haaaa, inilah yang cikla nak kongsikan, sebab mengapa kita tak digalakkan melakukan perbuatan tersebut.
Kenapa kita tak digalakkan atau tak perlu pun korek tahi telinga? Inilah alasannya... Sumber Google. |
Menurut Dr. Shaiful Nizam, doktor ENT (Ear, Nose, Throat) di laman Twitternya (Sumber SINI), sebenarnya kita memang tak digalakkan malah tak perlu pun mengorek tahi telinga kita, kerana 5 sebab ini, iaitu:
- Perbuatan ini adalah penyebab kepada salah satu punca jangkitan kuman di telinga. Apa yang menakutkan, jika ia berterusan, ia boleh menjadi nanah yang teruk. Wah, takutnya dengar kan...
- Mekanisma dalaman yang diciptakan Allah adalah sangat unik. Apa yang korang kena tahu, mekanisma ini telah menjadikan tahi telinga boleh keluar secara semulajadi tanpa kita sedar melalui menguap, mengunyah dan sebagainya. Korang kena percaya sebab ini bukan MITOS!
- Kalau korang nak tau, penggunaan putik kapas hanya menyebabkan tahi telinga ditolak ke dalam iaitu ke bahagian tengah telinga seterusnya ini akan menyebabkan telinga menjadi tersumbat dan sakit.
- Sebenarnya, fungsi tahi telinga adalah untuk menghalang serangga kecil, habuk dan kuman dari memasuk ke dalam bahagian saluran telinga. Selain itu, ia juga boleh membantu mengalirkan kotoran supaya ia boleh keluar dengan sendirinya.
- Ada risiko yang mungkin wujud bila kita menggunakan putik kapas, besi atau kunci untuk mengorek telinga. Perbuatan ini boleh menyebabkan kecederaan pada saluran telinga termasuklah gegendang telinga bocor, pendarahan dalaman telinga dan jangkitan atau nanah pada telinga.
Sejujurnya, cikla pun baru tau pasal ni. Kalauppu tak, sebelum ni itulah 'hobi' yang cikla selalu buat. Haha. So, lepas ni sebaiknya kita elakkanlah ye. Bak kata pepatah, cegah sebelum kena.
Untuk lebih info mengenai terutamanya mengenai penyakit yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak, korang terjahlah ke laman sosial Twitter beliau ye. Nak tanya soalan pun boleh.
Semoga bermanfaat.
pernah juga dengar hal ni cikla. tapi tula dah terbiasa. asal gatal je mulalah cari putik kapas. tapi anak kinah sampai sekarang tak dapat nak korek telinga dia sebab dia tak bagi nak paksa kang lain pulak yang jadinya tapi baguslah dia buat macam tukan. sekarang baru faham. macam mana ni cikla kita nak kurangkan habit kite ni hihi
ReplyDeleteMemng Betul... Dr.memang ta galakkan korek telinga.
ReplyDeletebetul2
ReplyDeletecuma kadang2 jadi habit sebab sebelum nih selalu korek
dah baca baru tahu
Baru tahu. Hehehe
ReplyDeletetapi bila gatal sangat tak tahan memang terpaksa jugak la hhehe.hi, jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini
ReplyDeletehttp://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html
baru tau...
ReplyDeletehmmmm dulu aida tak tau.
ReplyDeletesetelah syuhada ada masalah telinga, bwk dia ke GH. then aida tau.
memang amik pot la masalah ni.