2 resepi spaghetti yang korang patut cuba.

Bagi peminat makanan western, hidangan spagetti pasti sudah tak asing lagi bagi mereka. Spaghetti adalah salah satu jenis pasta yang panjang, nipis dan pejal yang mana ia berasal dari Itali. Dalam keluarga cikla, yang paling suka makan spaghetti ni adalah encik suami. Dia paling suka makan spagetti bolognese. 

Tapi, kali ni cikla nak share 2 resepi spaghetti yang semestinya sedap dan mudah untuk disediakan. Manalah tau korang nak masak spaghetti untuk menu lunch hari ni. Maklumlah, hari cuti kan. Kalau boleh nak masak simple simple je, janji kenyang perut. 

Sebelum tu, kredit resepi ni untuk Harmony Zone Cafe, Puncak Alam, Selangor melalui perkongsian di ruangan Selera, sisipan Majalah Wanita keluaran Disember 2017.

Resepi Spaghetti Chicken Carbonara.
2 resepi spaghetti yang korang patut cuba.

Bahan-bahan: 
160 gm spaghetti (direbus dan ditoskan). 
1 senduk sos Carbonara. 
1 sudu besar isi ayam (potong dadu). 
1 sudu besar cendawan shitake (dihiris). 
2 biji bebola ayam (digoreng). 
Sedikit daun parsli (untuk hiasan).

Cara:
  • Spaghetti yang telah ditoskan diletakkan di dalam pinggan, ketepikan. 
  • Masukkan sos Carbonara, isi ayam, cendawan shitake dan bebola ayam di dalam kuali.  Masak seketika. 
  • Kemudian, angkat campuran tersebut dan letak di atas spaghetti tadi. Hiaskan dengan daun parsli.

Resepi Spaghetti Fruity De' Mare. 
2 resepi spaghetti yang korang patut cuba.

Bahan-bahan:
160 gm spaghetti (direbus dan ditoskan). 
1 sudu teh bawang merah yang dikisar. 
4 ekor udang (buang kulit). 
1 ekor sotong (dihiris). 
3 sudu besar tomato puri. 
1 sudu besar krim masakan. 
1/2 sudu teh stok ayam. 
1/2 sudu teh garam. 
1 sudu besar minyak masak. 
Sedikit daun parsli untuk hiasan.

Cara: 
  • Kuali dipanaskan dan tumis bawang merah sampai naik bau. 
  • Masukkan udang dan sotong, gaul sampai keduanya masak. 
  • Kemudian, masukkan baham perisa yang lain bersama tomato puri, diikuti dengan krim masakam. Gaul. 
  • Angkat dan hias dengan daun parsli.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Nak buat jugak ni tapi tak tahu la bila.. kuah dia nk ubah sikit kasi kemelayuan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi buat ataupun rasa fruity de mare ni. Nanti nak try lah :D

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews