'santai tapi sampai'

Cikla memang kurang minat pakai kasut jenis sarung tu, salah satu sebabnya inilah. Kaki melecet. Memang agak menyeksakan bila berjalan dalam...

8 tip mudah elak kaki melecet akibat memakai kasut.

Cikla memang kurang minat pakai kasut jenis sarung tu, salah satu sebabnya inilah. Kaki melecet. Memang agak menyeksakan bila berjalan dalam keadaan kaki yang melecet. Pedih ooo bila bergesel dengan permukaan dalam kasut tu, lebih-lebih lagi bahagian atas tumit. 

Cikla kadang-kadang pelik jugak bila tengok mereka yang pakai heels berjam-jam tu, tak melecet ke kaki mereka. Mesti ada petua yang mereka amalkan kan. Kalau tak, mau tak melecet tapak kaki lebih-lebih lagi kalau dipakai dalam tempoh masa yang lama.

Ada 8 tip mudah yang cikla nak share dengan korang macam mana nak elakkan  kaki melecet semasa memakai kasut. Jom semak sama-sama:

8 tip mudah elak kaki melecet akibat memakai kasut.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

  1. Kalau kasut korang ketat, nak kasi regang kasut tu cuba korang gunakan ais. Insha'Allah kasut yang ketat yang korang nak pakai tu boleh muat. 
  2. Kalau kasut korang dari jenis bahan atau material keras di bahagian belakang, cuba korang gosokkan belakang kaki korang tu dengan bawang sebelum korang memakai kasut. Dengar macam kelakar kan, tapi korang cubalah dulu! 
  3. Kalau yang ni cikla pernah tengok orang buat, letakkan pita pelekat pada jari kaki ketiga dan keempat bersama-sama sebelum korang memakai kasut tumit tinggi. Korang boleh gunakan pita perubatan untuk melegakan tekanan pada saraf antara jari kaki ketiga dan keempat, so takdelah sakit kaki tu nanti. 
  4. Masa korang beli kasut, pastikan korang memilih tapak kasut yang sesuai, selesa dan serasi dengan bentuk tapak kaki korang. So, korang akan rasa lebih selesa terutama semasa melangkah. 
  5. Jangan ingat lilin penting untuk menerangi kegelapan je, malah ia juga bagus untuk mengelakkan kaki kita dari melecet. Caranya, gosokkan lilin di tepi kasut korang dan lilin tersebut akan melembutkan kulit korang yang melecet itu. 
  6. Korang kena pilih saiz kasut yang tepat dan sesuai dengan kaki korang demi keselesaan dan kesihatan kaki. 
  7. Sebaiknya, elakkan dari membeli kasut bertapak nipis sebab ia akan menyebabkan kaki korang tak mencengkam kasut dengan baik. So, pilih kasut bertapak tebal
  8. Kalau korang nak beli kasut tumit tinggi, beli pada waktu petang.

So, lepas ni kalau nak beli kasut kenalah fikir dulu kesesuaiannya dengan kaki kita. Jangan tengok cantik je, beli terus. Bila dah beli, masa nak pakai. Tak muatlah, kaki sakitlah, kaki melecetlah, macam-macam. 

Tapi, orang tua-tua cakap, kalau tak nak kaki melecet (kena gigit dengan kasut) sebab pakai kasut, kita 'gigit' kasut tu dulu sebelum kita pakai. Kasut barulah tapi, bersih lagi kan. Sejauh mana kebenaran itu, hanya Allah yang tahu.

Kredit : Harian Metro.

3 comments:

  1. nombor 8 tu betul tu
    mana2 kasut pun macam tu
    sebab masa tu kaki kita kembang

    ReplyDelete
  2. baru tahu semua tips ni :D

    ReplyDelete