Mungkin kita pernah lihat ada ibu atau bapa yang mengangkat anak mereka dengan cara menarik tangan anaknya. Sejujurnya, dulu cikla pernah buat jugak.
Tapi, bila terbaca mengenai keburukan yang akan timbul kesan dari perbuatan tersebut, cikla dah tak buat dah. Huhu. Memang terus insaf. Kesian kat anak.
Memang tak dinafikan, ada ibu dan bapa melakukan itu dengan niat untuk menggembirakan anaknya. Kalau si bapa atau si ibu melakukannya dengan cara memegang kedua-dua belah tangan anaknya dan menghayun seperti putaran kipas helikopter, kita tengok pun sakit kan.
Mereka sebenarnya tak sedar yang perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada tulang sendi siku anak.
Malah, kadang-kadang kalau kita mengangkat atau memegang anak pada tangannya ataupun kita menarik tangan anak secara tiba-tiba pun turut boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.
Allahu, ngeri pulak cikla dengar.
Allahu, ngeri pulak cikla dengar.
Jangan angkat anak dengan cara menarik tangannya. Kalau tidak, sendi siku boleh teralih. Takutnya! Sumber Google. |
Untuk pengetahuan korang, menurut Dr. Ahmad Mahyuddin, seorang Pakar Bedah Ortopedik, dalam terma perubatan, kecederaan ini dikenali sebagai ‘radial head subluxation’ dan ia juga disebut sebagai ‘Pulled elbow’, ‘Nursemaid’s elbow’ atau ‘Babysitter’s elbow’ sebab ia selalu juga berlaku semasa kanak-kanak berada di bawah jagaan pengasuhnya.
So, sebarang perbuatan dengan cara menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius terkeluar daripada Annular ligament.
So, sebarang perbuatan dengan cara menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius terkeluar daripada Annular ligament.
Perbuatan ini akan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.
Selain itu, kecederaan ini selalu juga berlaku kepada baby newborn sampailah kanak-kanak berumur 7 tahun.
Akan tetapi, ia paling selalu terjadi kepada kanak-kanak berumur setahun sehingga 4 tahun sebab pada umur sebegini, tulang dan otot kanak-kanak masih belum matang dan ini memudahkan kecederaan berlaku.
Sebab itulah, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu rasa sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas.
Adakah kecederaan ini boleh dirawat?
Sebenarnya, kecederaan ini boleh dirawat. Kalau anak kita mengadu sakit pada sikunya dan rasa sakit itu berlarutan, segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ujian X-ray akan dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada ataupun takde kepatahan tulang berlaku.
Kalau masalah ini dirujuk ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket dan Annular ligament secara Closed Manual Reduction (CMR) dan ia hanya dapat dilakukan selepas anak diberi ubat penenang dan penahan sakit.
Selepas itu, doktor akan mengulangi ujian X-ray selepas prosedur CMR bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipakaikan anduh selama 1 hingga 2 minggu bagi membolehkan tisu yang koyak sembuh seperti sediakala.
Kalau masalah ini dirujuk ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket dan Annular ligament secara Closed Manual Reduction (CMR) dan ia hanya dapat dilakukan selepas anak diberi ubat penenang dan penahan sakit.
Selepas itu, doktor akan mengulangi ujian X-ray selepas prosedur CMR bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipakaikan anduh selama 1 hingga 2 minggu bagi membolehkan tisu yang koyak sembuh seperti sediakala.
Kalau anak tak segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebab mungkin si bapa tak menganggap takde kecederaan serius berlaku, keadaan ia boleh menyebabkan beberapa risiko, iaitu:
- Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.
- Berisiko mendapat kecederaan pada saraf Posterior Interosseous Nerve (PIN) yang boleh menyebabkan keadaan ‘finger drop’. Finger drop ialah keadaan dimana pesakit tidak akan mampu mengangkat dan meluruskan jari-jari beliau akibat kerosakan saraf PIN ini. Kebarangkali sembuh bagi kerosakan saraf PIN adalah agak rendah.
- Sendi akan menjadi longgar, dan lebih memburukkan keadaan lagi kalau anak kita mendapat radang sendi siku atau Osteoarthritis akibat kelewatan ini.
Sebagai ibu bapa yang prihatin kepada kesihatan anaknya, kita perlulah peka kepada 3 perkara berikut, iaitu:
- Elakkan daripada suka menghayan anak-anak.
- Elakkan daripada menyentap atau menarik tangan anak dengan keras.
- Kalau kita nak mengangkat atau mendukung anak, sentiasa angkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian ketiak mereka. Elakkan cara mengangkat anak dari pembaringan dengan menarik tangan mereka.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik dari mengubati.' Kata sayang anak.
Kredit : Majalahpama
Lepasni tak buat dah lepas baca artikel ni cikla. Kesiannya kat anak kita yang kecil tu. Tak tau apa pun. Thanks cikla share artikel ni
ReplyDeleteInfo bermanfaat untuk panduan ibu bapa yang ada anak kecik
ReplyDeleteSy mau tanya....mumpung sy baca artikelnya....sya pnya saudara laki2 skrng umurnya 24 th,dlu wktu umur 2th dy cedera,tpi skrng otot tangan kanannya tidak sma besar dg otot tangan kirinya...msih bisakah diobati? Dengan cara apa? Trmakasih
ReplyDelete