25 March 2018

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. | Assalamualaikum wbt. Budak-budak ni, kalau nampak je air mesti excited gila. Macam kerasukan pun ada. Kenapa pulak cikla cakap macam tu? Sebab, anak-anak cikla macam tu lah. Haha. Kalau nampak air, sampai kena berlerai. Duduk berendam dalam kolam tu  berjam-jam pun ok je. Menyambung cerita percutian pendek cikla dan keluarga ke Melaka baru-baru ni, kami sekeluarga sempat Berlin Jung ke Melaka Wonderland. Ini kali pertama kali ke sini.

Sebenarnya, masa cikla ke Zoo Melaka awal bulan ni, memang kami dab singgah dah ke sini. Tapi, sebab kami datang dah lewat petang, so tempat ni dah nak tutup. Sudahnya, merengeklah budak bertiga tu sebab tak dapat nak masuk dalam main air. Apa lagi, belum lagi cuti sekolah diaorang dah memujuk encik suami bawak mereka ke situ. Biasalah, Budak-budak kan, selagi tak dapat itulah yang direngeknya. Dah dapat, senyap. Senyum sampai ke telinga.

Awal pagi lagi kami gerak dari rumah dan balik ke kampung dulu sebab nak amik mak dengan abah cikla. Lepas tu, kami terus bertolak ke Melaka dan destinasi pertama kami bila sampai ke sini adalah Melaka Wonderland. Apa lagi, terkinja-kinjalah budak-budak tu. Memang nampak sangat terujanya, tak terkecuali adik Zara.

Apa yang menarik di Melaka Wonderland Theme Park ni

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Untuk pengetahuan korang, Melaka Wonderland adalah taman tema dan resort yang terletak di Ayer Keroh Melaka, yang mana ia menjadi salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Ini kerana, ia dikunjungi oleh pelbagai pelancong tak kira pelancong tempatan atau luar negara. Apa yang pasti, setiap pengunjung pasti akan teruja dengan keseronokan bermain dengan gelongsor air bekelajuan tinggi termasuklah Tornado Chaser yang pertama di Malaysia. Di sekitar kawasan taman tema pula dihiasi dengan kehijauan hutan semulajadi yang sememangnya memberikan kita ketenangan dan fresh.

Berikut merupakan senarai harga tiket untuk masuk ke Melaka Wonderland.

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Kredit SINI 

Untuk pengetahuan korang, harga tersebut sudah termasuk cukai hiburan dan GST. Melaka Wonderland dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti am kecuali setiap Isnin. Selain itu, tiket dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai ketinggian melebihi 90 cm hingga 12 tahun, manakala bagi kanak-kanak mempunyai ketinggian 3 kaki ke bawah adalah percuma.

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Bagi cikla, taman tema air ini sama je kot dengan taman tema air yang lain. Tapi, sebenarnya ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, salah satunya adalah ia mempunyai gelongsor air giant yang pastinya akan memberikan korang pengalaman yang mendebarkan. 

Selepas korang melepasi gate di bahagian hadapan, korang terpaksa berjalan kaki (tapi jangan risau, jalan tar. Memang cantiklah) ke bangunan 'Changing'. Di situ adanya tandas dan tempat untuk menukar pakaian. Kalau korang nak simpan barang-barang korang pun boleh sebab ada disedikan locker jugak di situ. Tapi, locker tu dikenakan sewa RM10 kalau tak silap cikla. Kawasan tandasnya dan tempat menukar baju memang luas dan selesa. Surau pun ada disediakan jugak. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Disebabakan makanan luar tak dibenarkan dibawa nasukmke dalam kawasan taman teman, terdapat cafe yang menjual makanan dan minuman. Tapi, harganya agak mahal jugaklah. Biasalah kan... Selain itu, kalau korang nak sewa pelampung pun boleh. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sebenarnya, ada 3 tempat untuk bermain air.  Yang dekat dalam gambar ni kawasan bawah sekali. Takde gelongsor bagai. Kawasan kedua dan ketiga ada gelongsor, tempat luncur air dan macam-macam lagi yang menarik (cikla tak ambil gambarnya banyak pulak, satu je tu). Masa cikla datang tu dah tengah hari, cuaca memang panas yang amat. Sekejap je dah burn kulit. Haha. Memang berbelanglah... 

Gambar kat atas tu, mak, abah dengan anak-anak cikla berposing di hadapan replika berhampiran dengan changing building. Tapi, sebelum balik, korang jangan lupa membeli cenderahati kenang-kenangan di kedai cenderahati yang terdapat di situ. Cikla tak beli pun. Hehe... 

Untuk info lebih banyak lagi termasuklah promosi tiket dan pembelian tiket secara online, korang bolehlah ke SINI.

5 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.