Hati yang tenang menjadikan hidup lebih gembira. Siapa aje yang tak nak hidupnya happy happy kan. Ceria setiap hari tanpa ada rasa risau, gusar dan sebagainya. Lepas tu, muka pulak takdelah asyik monyok je. Tak ceria langsung. Apa kata jom kita latih hati kita supaya sentiasa tenang.
Cara melatih hati supaya sentiasa tenang. Berikut merupakan cara macam mana kita nak melatih hati kita supaya sentiasa tenang tak kira dalam apa jugak situasi. Orang cakap, 'cool and steady'.
- Ketika merasa sunyi, berzikirlah kerana Allah Maha Mendengar.
- Ketika merasa gembira, bersyukurlah kerana Allah Maha Memberi.
- Ketika marah, beristighfarlah kerana Allah Maha Pemaaf.
- Ketika merasa sedih, bersujudlah kerana Allah Maha Pengasih.
Kadang-kadang Allah memberi apa yang kita perlu bukan sebab apa yang kita mahu tapi sebab Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Allah itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Apa yang terbaik, latihlah hati kita supaya bersangka baik dengan Allah. Jangan bandingkan 'ujian' kita dengan orang lain.
Jika 'ujian' kita lebih berat dari mereka, janganlah kita merasakan yang Allah itu tidak adil, Allah itu kejam, Allah itu tidak sayang pada kita.
Tapi, sebenarnya kerana adil dan sayanglah Allah menguji kita. Dan kita kena ingat, Allah tak akan memberikan ujian itu kepada kita dengan ujian yang tak mampu kita tanggung. Allah tahu sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapinya.
Selain itu, latihlah diri dan hati supaya sentiasa bergantung harapan kepada Allah, bukan kepada manusia. Allah itu Maha Penolong, dan Dia pasti membantu hambaNya yang memohon pertolongan dariNya.
Kita sebagai manusia kenalah sentiasa ingat dan dekat denganNya tak kira semasa senang mahupun susah (apatah lagi kan).
Bersyukurlah, kerana rasa itu akan membuatkan kita bahagia dan latihlah diri sentiasa memaafkan kerana ia akan menjadikan diri kita lebih tenang tanpa rasa dendam dan resah.
Cara melatih hati supaya sentiasa tenang. Sumber Google. |
Semoga Allah memberikan kita hidayahNya dan merahmati kita sepanjang masa. Amin.
pokoknya kalau apa apa pun berbaliklah kepada Allah, insyaAllah kita tenang nanti. terima kasih atas perkongsian ni :)
ReplyDeleteThx for sharing
ReplyDeletebetul tu... nak hati tenang, ingat dan kembali kepada-Nya. urusan seharian pun jadi lancar
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com