Cikla percaya semua orang tau dah kot yang Aloe Vera atau lidah buaya ni banyak manfaatnya terutama untuk kecantikan. Di pasaran pun, dah banyak produk berasaskan Aloe Vera dijual.
Dulu dekat rumah mak cikla ada mak cikla tanam, tapi sekarang dah takde dah. Cikla selalu jugaklah ambil gel dia letak dekat muka.
Untuk pengetahuan korang, gel lidah buaya adalah pelembab yang sangat baik untuk kulit sebab ia dikatakan bermanfaat untuk meremajakan dan menghidrasi kulit, di samping ia menjadikan kulit kelihatan segar sepanjang masa.
Selain itu, Aloe Vera juga memiliki sifat antimikroba, sehinggakan ia sangat ideal untuk merawat jerawat. Kandungan zat antioksidan yang ada di dalamnya adalah bersifat semulajadi.
So, ia berfungsi mengekalkan keanjalan kulit, dan sebagai krim anti-penuaan yang baik. Di samping itu, Aloe Vera juga berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit dan keradangan, tak kiralah secara dalaman dan luaran.
Ia juga digunakan untuk merawat luka kulit akibat sunburn, gigitan serangga, ekzema, dan luka biasa.
Penggunaan ekstrak Aloe Vera yang asli amatlah bagus. Kalau korang nak menggunakan Aloe Vera setiap hari, korang bolehlah mengestrakkannya terlebih dahulu kemudian menyimpannya dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk.
Dengan cara ini gel Aloe Vera akan selalu berada dalam keadaan yang baik, dan boleh terus digunakan bila-bila masa yang korang nak.
Berikut merupakan langkah mudah untuk mengekstrak gel Aloe Vera di rumah, iaitu :
- Mula-mula, pilih daun Aloe Vera yang baik dengan memotong bahagian tengah daun yang mengandungi sebahagian besar gel, iaitu dari pangkal tanaman.
- Kemudian, tegakkan daun dengan mendirikannya selama 15 minit, supaya getahnya dapat mengalir keluar dengan baik. Untuk pengetahuan korang, getahnya adalah berbentuk cairan berwarna kuning yang akan keluar ketika daunnya dipotong.
- Selepas itu, daun dicuci sebersihnya untuk menghilangkan sisa getah yang masih ada pada daun.
- Setelah itu, letakkan daun secara mendatar dan, potong kedua sisi daun yang ada durinya.
- Selepas dipotong, kupas lapisan daun luar yang berwarna hijau, manakala gel Aloe Vera dipotong dadu. Korang jugak boleh membelah daun menjadi dua bahagian secara memanjang dari atas ke bawah, dan mengorek gel itu dengan sudu.
- Gel yang dikeluarkan itu disimpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk dan sedia digunakan.
Semoga bermanfaat.
Kredit Telegram.me/PetuaDanKesihatan
Selamat berhujung minggu dari https://theathra.blogspot.my/
ReplyDeleteterbaek..
ReplyDeleteBoleh ke simpan aloe vera yg dikisar ke dalam peti sejuk
ReplyDeleteboleh tak nk simpan je dlm peti ? pstu kalu nk pkai amik je n then simpan blk dlm peti ? ke kene simpan sekali je dlm petii ?
ReplyDelete