'santai tapi sampai'

Rasanya peminat slot Akasia ni dah tau kot drama Tiada Arah Jodoh Kita baru je melabuhkan tirainya kelmarin. Biasalah kan, drama melayu kan...

Zahir Tak Terucap : Drama slot Akasia terbaru di TV3.

Rasanya peminat slot Akasia ni dah tau kot drama Tiada Arah Jodoh Kita baru je melabuhkan tirainya kelmarin. Biasalah kan, drama melayu kan. 

Lastly, mesti happy ending. Cikla tak follow pun drama ni dari awal, cuma cikla tengok episod akhir je sebab nak tau apa kesudahannya.  Hihi. 

So, dengan berakhirnya drama ini maka menyusul pulak drama terbaru iaitu Zahir Tak Terucap. Bila tengok barisan pelakonnya memang rugi kalau tak tengok sebab drama ini dibintangi oleh pelakon yang best best belaka.

Gandingan pelakon lama dan baru, memang mantaplah nanti drama ni kan. Lagipun, cikla macam dah lama tak tengok Saharul Ridzwan berlakon. Ke cikla yang tak perasan dia ada berlakon drama lain. Haha. Nampak sangat. 

Apa kata kita baca sinopsis drama ni sikit untuk mendapatkan bayangan jalan ceritanya. Ececeh. Hihi.

Zahir Tak Terucap : Drama slot Akasia terbaru di TV3.
Zahir Tak Terucap : Drama slot Akasia terbaru di TV3. 

Jumlah episod: 13 episod. 
Barisan pelakon utama: Saharul Ridzwan sebagai Hisyam, Aeril Zafrel sebagai Haziq, Raysha Rizrose sebagai Aisyah dan Chacha Maembong sebagai Aireen. 
Terbitan: Syarikat produksi Zamriez Golden Pictures. 
Masa siaran: Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Barisan pelakon lain: Esma Daniel sebagai Razak, Farisha Irwayu sebagai Noraini, Idris Mat Diah sebagai Nordin dan Rosnah Johari sebagai Zaharah.

Sinopsis:

Drama best ni mengisahkan tentang kehidupan dua adik beradik, iaitu Hisyam, adik (Saharul Ridzwan) dan Haziq, abang (Aeril Zafrel). Konflik bermula apa mereka saling bersaing untuk merebut cinta Aisyah (Raysha Rizrose). 

Namun, keadaan menjadi lebih huru hara dengan kehadiran Aireen (Chacha Maembong) yang cuba menghalang Aisyah daripada mengecapi kebahagiaan bersama orang yang dicintainya.

Haziq yang sebenarnya selama ini berpura-pura alim di hadapan orang tuanya telah merogol Aisyah. 

Ekoran dari peristiwa itu, Aisyah telah menghilangkan diri dan Hisyam pula terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah pun meninggal dunia.

Hisyam yang  redha dan pergi mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab. 

Akan tetapi, hasratnya itu telah mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen. Apakah kesudahan kisah Hisyam dan Aisyah ini? 

Berjayakah Hisyam menemui Aisyah dan bersatu dengan cinta pertamanya? Tak sabar nak tahu kesudahan drama ni kan.

Cikla perasan drama sekarang episodnya tak banyak. Tapi, bagus jugaklah kan drama yang tak banyak episod ni. Nanti takdelah lama benar kita nak tunggu kisah seterusnya sampailah ke episod akhir. 

Lagipun, kalau episod panjang sangat, nanti ceritanya jadi meleret-leret kan. Mulalah muncul watak-watak yang macam takde kena mengena. Dah macam telenovela pulak aihhh. Hehe.

So, peminat Saharul Ridzwan dan Aeril Zafrel khasnya, jangan lupa mengikuti drama ni sampai kesudah ye. 

Tapi, jangan lupa solat Maghrib pulak. Time iklan tu, larilah kejap pergi solat nuuu. Kewajipan yang satu tu jangan lupa tau.

Selamat menonton.

Kredit SINI.

6 comments:

  1. takde mood nak layan hahaha..biasa adik dengan my umi yang suka, I mean obses

    ReplyDelete
  2. memang dah lama tak tengok saharul ridzwan berlakon tapi tak minat pula heroin dia

    ReplyDelete
  3. wahh aeril berlakon watak jahatt!

    ReplyDelete
  4. salam singgah. macam best ja. boleh nonton nanti

    ReplyDelete
  5. Malas nak tenguk drama sambung2. Tenguk episod akhir aja lah.

    ReplyDelete
  6. aida baru tgk minggu ni citer ni, cikla.
    sian la plak kat ecah & hisham.
    aduhai...

    ReplyDelete