Nak tau 3 cara salah memakai maskara? Jom baca perkongsian ini...

Pemakaian maskara adalah salah satu perkara penting semasa bersolek. Ia umpama pelengkap kepada solekan. Walaubagaimanapun, kalau kita bersolek tak semestinya kita kena pakai maskara, sebab ada orang yang suka bersolek ringkas. Just pakai foundation, bedak dan pelembap bibir. Sebenarnya, ada 3 cara salah semasa memakai maskara, iaitu:

Nak tau 3 cara salah memakai maskara? Jom baca perkongsian ini...
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Kalau korang mempunyai bulu mata yang agak pendek di bahagian bawah, elakkan dari mengoles maskara di bahagian itu. Kalau korang nak jugak oles maskara di situ, sapuan maskara boleh terkena pada kukit di bahagian bawah mata, dan keadaan ini sekaligus akan menjadikan penampilan korang nampak 'comot' sebab kelopak mata korang akan nampak gelap.

Elakkan dari mengoles maskara semula tanpa menunggu ia kering terlebih dahulu. Maksudnya, korang jangan mengoles maskara berkali-kali sebelum ia betul-betul kering sebab ia akan menyebabkan ia bergumpal dan bulu mata melekat antara satu sama lain. 

Kebanyakan wanita mengoles maskara pada hujung bulu mata atau bahagian paling tengah je. Ini salah tau sebab ia akan menyebabkan maskara menjadi bergumpal. Apa yang terbaik, korang oles maskara dari pangkal bulu mata sampai ke hujung untuk mengelakkan ia bergumpal di bahagian tengah.

Kredit : Ruangan Hati, Harian Metro.

5 comments:

  1. good sharing...selama ni cikyan main bedal je sapu maskara..hahhahaha

    ReplyDelete
  2. Kaella kalau rajin je baru pakai maskara, kalau dah malas tepek bedak je dah siap hehe

    ReplyDelete
  3. paling menyampah kalau dia dah bergumpal. Kena cuci balik lepastu start balik

    ReplyDelete
  4. good info. paling best saya pakai mascara fame.

    ReplyDelete
  5. hi hi hi aida x pakai maskara. malas!

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews