Jom serbu ke Jualan Gudang Awal Tahun 2018 Karangkraf.

Pin pon pin pon, ini adalah satu  pengumuman penting. Berita baik untuk ulat buku dan pencinta novel sekalian. Karangkraf mengadakan Jualan Gudang Awal Tahun 2018 yang bermuka dari 23 Februari hingga 4 Mac ini. Jualan ini berlangsung di kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Para pengunjung tegar jualan ini saban tahun mesti dah tau kan apa yang best dan istimewa yang mereka boleh dapat di sini. Kalau korang nak tau, pengunjung yang datang akan menikmati tawaran harga novel dan buku yang tak masuk akal, iaitu serendah RM1. Percaya ke tidak? Jangan tak percaya sebab ianya memang betul. Betul-betul kejadian. Haha.

Apa yang paling best, selain dari buku, tawaran menarik juga disediakan untuk Al-Quran, iaitu pakej istimewa Al-Quran Al Hafiz, pertama di Malaysia dengan kaedah mudah dan cepat hafal Al-Quran dalam masa 3 jam. Ianya berharga RM38 dan apa yang paling menarik, korang akan dapat senaskhah Al-Quran mushaf secara percuma.

Jom serbu ke Jualan Gudang Awal Tahun 2018 Karangkraf.

Apa lagi yang best di sini? Nak tau, meh cikla bagtau. Untuk pengetahuan korang lagi, diskaun tambahan sehingga 60% bagi tajuk buku yang terpilih khas untuk pemegang kad ahli VIP Karangkraf, yang mana pilihan buku adalah pada harga RM3 dan RM5. Selain itu, potongan harga sehingga 20% akan ditawarkan kepada novel terbaru tahun ini.

Kalau korang teringin nak jumpa psnulis dan novelis secara empat mata, inilah waktunya. Slot temu mesra turut diadakan juga. Peminat novel seram pulak, jangan lepaskan peluang korang bertemu novelis, pada 24 dan 25 Februari, kemudian disambung pula pada 3 dan 4 Mac. Selain itu, sesi temu mesra bersama penulis Alaf 21 pula bermula pada 23 Februari hingga 25 Februari, dan disambung pada Jumaat 2 Mac hingga 4 Mac. Manakala, sesi temu mesra bersama penulis Islamik pada 24 Februari dan 4 Mac. So, inilah masanya korang nak jumpa penulis idola korang kan. Betul tak?

Dah tu, tunggu apa lagi. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan 'tempat kejadian' dan kawasan sekitarnya jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini. Rugi oooo tak pergi. Nak tunggu peluang ni datang lagi, lambat sikitlah. Cikla pun nak ajaklah encik suami pergi... Tak sabarnya.

So, apa lagi. Jom serbu!

#jualangudangkarangkraf2018 
#bukuserendahRM1

Kredit: SINI.

2 comments:

  1. Ika datang singgah sini.
    Ika baru je pergi ahad lepas. Dapat grab 5 buku saja sebab bajet pun ada sikit je.
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/02/feb-haul.html

    ReplyDelete
  2. menarik nyer :)
    kalau la dpt ke sana.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews