'santai tapi sampai'

Memang tak dinafikan budak-budak ni suka sangat makan jajan atau snek ringan yang dah tentu-tentu kurang khasiatnya. Anak-anak cikla pun ta...

Cara macam mana nak pastikan anak makan snek sihat.

Memang tak dinafikan budak-budak ni suka sangat makan jajan atau snek ringan yang dah tentu-tentu kurang khasiatnya. Anak-anak cikla pun tak terkecuali. Kakak Damia contohnya, kalau pergi sekolah mesti ajak singgah kedai. 

Pernah dulu ada sekali tu cikla malas nak singgah, dia punya 'tantrum'. ya ampunnnn memang tak ingat punya. Mengamuk mengalahkan adiknya si Zara tu. 

Cara macam mana nak pastikan anak makan snek sihat.
Cara macam mana nak pastikan anak makan snek sihat. 

So, macam mana cara nak pastikan anak makan snek sihat? 

1. Sediakan lebih banyak pilihan snek yang sihat untuk mereka. Dengan adanya pilihan snek yang pelbagai, so mereka takdelah terus menolak apa yang kita hidangkan. Kalau mereka tak makan semua, sekurang-kurangnya mereka makan salah satu dari snek sihat tu. Betul tak? 

2. Hadkan pilihan 'makanan ringan' di rumah. Apa yang terbaik, sediakan jus buah yang ori, paling tak pun sediakan buah-buahan yang sudah siap dipotong dan dibungkus bersih supaya senang anak kita nak makan nanti. Kalau anak-anak cikla diaorang memang 'hantu' buah. Sebab itu, peti ais cikla memang akan sentiasa ada stok buah. Itu pun dah lega dah, walaupun diaorang kurang gemar makan sayur, at least diaorang minat makan buah. Oklah tu kan.

3. Biarkan mereka cuba snek sihat sebab lagi kerap mereka cuba, semakin tinggi tahap kesukaan mereka terhadap makanan tersebut. Ini betul. Macam yang cikla cakap, anak-anak cikla suka makan buah. Kalau dulu, memang diaorang tak makan buah pun. Since cikla mengamalkan 'gaya hidup' sihat ni, memang peti ais cikla sentiasa terisi dengan buah terutama epal hijau. Sejak itulah, anak cikla kalau buka peti ais mesti cari buah. Siap dilerai-lerai lagi, bukan apa asyik nak makan buah ajelah pulak. Nanti terlebih-lebih vitamin C pulak. 

4. Sediakan snek yang nampak menarik. Good appreance kata orang putih. Contohnya, korang gunakan warna yang menarik, serta rasa dan bau yang enak, di samping tekstur yang rangup. Biasanya budak-budak kan. Nampak menarik sikit, mulalah excited nak cuba. Sama jugak kalau diaorang nampak jajan yang pelik-pelik bungkusannya. Mulalah merenyek memujuk suruh ibunya belikan. Huhu. 

5. Tanam sendiri sayur dan buah di halaman rumah dan jangan lupa libatkan anak korang sekali. Gunakan bekas tanaman kalau tiada kawasan menanam. Yang ni bagus jugak. Ajar anak bercucuk tanam, menanam pokok buah dan sayur yang mereka suka. 

6. Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak dengan mengambil snek sihat. Ini kerana anak-anak akan mengikuti apa yang ibu bapa mereka lakukan. Yup, it's true. Ibu bapa contoh teladan terbaik dan terdekat kepada anak-anak. Kebanyakan anak menjadilan orang tuanya role model mereka. So, tunjukkan contoh yang baik ye, termasuklah dalam pemilihan makanan yang sihat. 

Bagi cikla, memang agak mencabar sikitlah untuk kita ubah habit anak-anak ni. Maknanya, kalau sebelum ni mereka suka makan jajan, keropok, gula-gula dan sebagainya, si ibu kena gigih sikitlah nak ajar mereka untuk mencuba snek yang lebih sihat. 

Mungkin mula-mula mereka tak nak, tapi lama-kelamaan kalau mereka dah selalu merasa dan hadap benda tu, mesti akan jadi suka pulak. 

Yang penting sabar. Hehe. 

3 comments:

  1. Tq share... Saya ni mmg tak bg anak makan jajan, so selalu kita bagi mkn buah sajalah ....

    ReplyDelete
  2. dari kecik mak kasi jugak makan jajan tapi berkala. tak selalu. kalo nak makan kena beli dengan mak ayah xleh beli sendiri. duit banje sek plak ngam2 memang xleh nak borong pape.. suka idea yang potong buah siap2 n simpan tu menarik. kot2 anak2 bukak fridge boleh grab je apa ada =D

    ReplyDelete