Cikla rasa kan, semua orang ada telefon kan. Kalau orang yang takde telefon ni, macam agak pelik pulak sebab bagi cikla ia bukan saja trend masyarakat kini, tapi lebih kepada keperluan yang perlu ada lebih-lebih ketika kecemasan.
Lagipun, dengan adanya lambakan pelbagai jenama telefon yang mampu milik membolehkan semua orang memilikinya.
Bayangkan, mak-mak kita even nenek-nenek kita pun dan expert menggunakan telefon bimbit ni. Siap ada laman sosial sendiri lagi. Hehe.
Itu belum lagi adik-adik kita yang masih di bangku sekolah. Siap bawak telefon pergi sekolah lagi. Huhu.
Memang tak dinafikan, ada orang menganggap telefon ni umpama barang mesti ada dalam hidup mereka. Mana taknya, bangun pagi tengok telefon. Terjaga tengah malam tengok telefon. Tengah masak tengok telefon. Tengah memandu kereta tengok telefon.
Pendek kata, setiap masa dalam sehari tu mesti nak tengok telefon. Kalau tak, tak sah. Haha.
Walau bagaimanapun, secanggih mana pun telefon yang kita miliki tapi ciri keselamatan tak diambil kira pun tak guna juga.
Bak kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Tapi, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengelakkan diri dari kejadian buruk tersebut.
Cikla pernah terbaca berita mengenai seorang mangsa yang maut dikatakan mengalami renjatan elektrik dari telefon yang sedang dicas sebab semasa kejadian mangsa ditemui berhampiran dengan telefon dan wayar pengecas telefonnya.
So, pihak polis mengesahkan kemungkinan mangsa mati disebabkan oleh renjatan elektrik dari telefon tersebut.
Kita mesti selalu tengok kan ahli keluarga kita ada yang menggunakan telefon semasa telefon dicas. Sebenarnya ia sangat bahaya tau. Adik cikla pun selalu juga buat macam tu.
Ada juga cikla tegur dia. Tapi, biasalah kan. Jawapan dia. Ala, mana ada bahaya. Amboi, belum kena bolehlah cakap kan. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah.
So, ada beberapa tip yang mungkin kita boleh praktikkan untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. Tip ni cikla rasa senang je, semua orang boleh buat.
- Elakkan dari membeli pengecas tiruan dan murah.
- Elak dari membeli alat pengecas universal yang didakwa boleh mengecas hampir kebanyakan telefon pelbagai jenama padahal menurut pakar telefon yang berbeza brand memerlukan pengecas bateri yang berlainan tahap kuasanya. So, pengecas universal seperti ni dikhuatiri akan menyebabkan risiko keadaan di mana terlebih cas atau kurang efisen.
- Jangan mengecas telefon di dalam kereta, sebab semasa kita mengecas kita mesti gunakan sambungan pemetik api kan. So, arus elektrik dalam kereta biasanya tak stabil dan ini akan menyebabkan tenaga yang masuk ke dalam bateri juga adalah tak stabil. *aiyooo... Suami cikla selalu buat ni. Kena bagitau dia ni.
- Sebaiknya beli alat pengecas bateri yang ori sebab ia lebih menjamin keselamatan dan telah diuji oleh pengeluar dan mengikuti spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan.
- Jangan sesekali membiarkan wayar alat pengecas dibiarkan terpasang selepas kita sudah menggunakannya. Ini sangat bahaya tau lebih-lebih lagi kalau kita ada anak kecil. Manalah tau, tiba-tiba anak kita tarik wayar tu. Allah, memang kes nayalah tu. So, lepas guna cabutkan alat pengecas dari plug. Itu lebih selamat.
- Cas telefon secara optimum dan lebih had sebab ia akan lebih menjamin hayat bateri supaya lebih tahan lama.
- Jangan menutup telefon atau alat pengecas semasa ia sedang dicas. Ini kerana adalah untuk memastikan haba yang dihasilkan semasa proses pengecasan dapat dibebaskan dengan selamat. So, risiko kebakaran akibat dari litar pintas pun dapat dielakkan.
- Kerap check kalau-kalau ada kerosakan pada alat pengecas. Manalah tau kot-kot wayar pengecas terkoyak ke atau putus, ini akan mendedahkan kita kepada risiko terkena renjatan elektrik kalau kita tersentuh dengannya
Korang juga kena ingat, bagi yang suka menggunakan power bank pun kena berhati juga sebab ia juga boleh mendedahkan kita kepada bahaya kalau kita tak menggunakannya dengan berhati-hati. Walaubagaimanapun, bagi cikla setiap perkara pasti ada 'pro and contra'. nya.
Apa yang penting, kepekaan kita dalam mengendalikan dan menggunakan setiap apa juga gajet. So, korang kenalah sentiasa beringat dan alert.
Kredit Dr. Khairunneezam Mohd Noor, Ruangan Minda, Harian Metro.
tq for sharing
ReplyDeleteKadang2 guna hp masa tengah cas.
ReplyDeleteBahaya rupanya.
good sharing ciklaaa... aiyoooo sikyan selalu terfikir..camna la kalau meletop kans...risau jugak...sbb slalu jugak cikyan cas fon mse tidur...kot la overcharge kans..seramnya..
ReplyDeleteade kes kebakaran kuartes kat Putrajaya baru2 ni disebabkan powerbank yang dicas, pastu powerbank tu pun tgh guna cas hp..maksudnya double cas.. mmg bahaya..mujur ahli rumah selamat...
ReplyDeletesemoga dijauhkan dari musibah cam ni..huhu