Cikla percaya, peminat filem Bollywood mesti tau sangat pasal cerita ni kan. Lagi-lagi kalau korang ni peminat tegar Aamir Khan dan Manisha Koirala.
Sejujurnya, cikla pun suka tengok cerita ni. Bukan setakat lagu-lagu dia yang best dan popular, tapi jalan ceritanya pun sangat sedih dan meruntum jiwa. *amboi ayat, bukan main naaa. Hehe.
Cerita ni lama dah main tau. Kiranya legend jugaklah. Tahun 1999. Wah, time tu cikla baru form 5. Lama kan. Almost 19 tahun dah. Tapi, masih lagi ditayangkan dan diminati ramai. Sama macam filem Kuch Kuch Hota Hai.
Macam hari ni, filem MANN ni sedang ditayangkan di tv3. Rasa cikla baru je filem ni ditayangkan, dah ditayangkan balik. Itu tandanya filem ni tak jemu ditonton kan. Apa kata kita baca sikit sinopsis mengenai filem MANN ni.
Sinopsis filem:
Dev Karan Singh (Aamir Khan), seorang pelukis dan kasanova. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan Anita (Deepti Bhatnagar), anak perempuan Singhania (Dalip Tahil), seorang hartawan yang kaya kerana hutang.
Priya (Manisha Koirala), seorang guru muzik untuk kanak-kanak, telah bersetuju untuk berkahwin dengan Raj (Anil Kapoor), sebagai membalas jasa Raj yang banyak membantunya.
Nak dijadikan cerita, Priya dan Dev bertemu di atas sebuah kapal. Dev menjadi kegemaran Priya. Pada mulanya, Dev suka mengacau Priya dek kerana sikap kasanovanya.
Dan akhirnya mereka berdua saling jatuh cinta. Mereka berjanji untuk bertemu 6 bulan lagi semasa Hari Valentine untuk berkahwin.
Setelah 6 bulan berlalu, semasa Priya hendak pergi berjumpa Dev dia terlibat dengan kemalangan dan mengakibatkan kakinya dipotong.
Dev yang tak tahu mengenai kejadian itu, telah menunggu Priya sampai malam, tapi Priya tak datang jugak. Dev kecewa dan menganggap Priya mungkir janji.
Walaupun patah hati, Dev meneruskan kerjayanya dan menjadi pelukis terkenal. Pada suatu hari, Priya menghadiri pameran seni Dev dan ingin membeli lukisannya, sebuah gambar yang mempunyai maksud tersirat disebaliknya.
Dev telah berkata bahawa dia tak akan menjual lukisan kerana ia hanya untuk Priya. Tapi, bila mendengar bahawa gadis yang menginginkannya memahami emosi di sebalik gambar itu dan seorang yang lumpuh, dia memberitahu tuan punya pameran untuk memberikan lukisan kepada gadis tersebut untuk percuma, sedangkan dia tak tahu yang gadis itu sebenarnya adalah Priya.
Dev telah berkata bahawa dia tak akan menjual lukisan kerana ia hanya untuk Priya. Tapi, bila mendengar bahawa gadis yang menginginkannya memahami emosi di sebalik gambar itu dan seorang yang lumpuh, dia memberitahu tuan punya pameran untuk memberikan lukisan kepada gadis tersebut untuk percuma, sedangkan dia tak tahu yang gadis itu sebenarnya adalah Priya.
Pada suatu hari, Dev pergi melawat Priya sebab nak memberikan kepada Priya gelang kaki kepadanya dan melunaskan wasiat terakhir neneknya supaya Dev berkahwin dengan Priya.
Disebabkan Dev terjumpa gambar lukisannya kepada 'gadis cacat', barulah dia sedar yang gadis itu adalah Priya.
Dev berjanji yang dia akan berkahwin dengan Priya dan menerima Priya seadanya. Dev dan Priya kemudian berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.
Tamat.
Kiranya happy ending lah kan. Walaupun, kisah jalan percintaan mereka penuh liku dan sedih. Tapi, biasalah kan filem. Awal-awal banyak halangan. Lastly, hidup bahagia. Hehe. Siapa yang tak sempat nak tengok kat TV3 tu, jom tengok di youtube.
Yang ni pulak lagu hits filem MANN. Memang best lagu-lagunya.
omg one of my fav. cite hindustan lama2 x penah mengecewakan
ReplyDeleteSempat tengok sikit je tadi.
ReplyDelete