Advertisement

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?

SINGGAH MAKAN DI RESTORAN MEE UDANG BANJIR KUALA SELANGOR. SEDAP KE? Sabtu lepas masa cikla balik kampung di Kuala Selangor, cikla dan suami bawa mak cikla singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Kebetulan, masa tu kami keluar beli barang. Nak balik tu, saja bawa mak makan situ. Sebenarnya, restoran ni dulu kedainya berhadapan dengan masjid besar tu. Tapi, dah pindah dekat jalan Kuala Selangor -  Tanjung Karang. Seriously, dulu masa dekat tempat lama mee udang kat restoran ni memang sedap. Kalau tak silap cikla, pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 tu. Dah masuk tv, mestilah sedap kan. Betul tak?

Tapi, sekarang ni macam dah lain pulak. Lain macam mana? Meh cikla cerita. Untuk pengetahuan korang, restoran ni terletak di tepi jalan menghala ke Tanjung Karang. Mungkin korang pernah singgah makan kat sini kan. Memang senanglah nak cari restoran ni, signboard pun terpampang punyalah besar. Masa kami sampai, orang tak ramai sangatlah. Kami masuk dalam kedai, cari tempat yang best. Cikla perhatikan kedai ni memang besar. Deretan menu-menu memang banyak. Tapi, dah namanya restoran mee udang sudah tentu kita nak rasa mee udang dia. Tak gitu?


Mujurlah, pelayannya ok. Cikla ada terbaca blogger CERITA ITA share pasal restoran ni di SINI. Kalau time tu cikla dapat pelayan yang macam ni, memang kenalah selepuk. Itulah realitinya sikap sesetengah orang, 'terlebih ajar'. So, berbalik kepada cerita cikla tadi, cikla tak order mee udang pun. Haha, sebab cikla memang alergik udang. Kalau makan terus bibir bengkak-bengkak. Mak cikla je yang order, cikla rasa kuahnya je. Cikla order nasi goreng pattaya yang kecik molek. Encik suami order nasi goreng korek-korek. *dengar nama pun pelik kan, rasanya tak tau lagi... Lepas itu, tambah order dengan tomyam ayam dan ayam goreng kunyit.

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke

Mujurlah order sampai cepat. Mungkin sebab tak ramai orang kot. Kalau bab lambat ni, orang yang paling hangat hati encik suamilah. Dia ni jenis kurang sabar sikit. Nasib baiklah dia penyabar dengan peel bininya je. Haha. Masa tu makanan sampai dulu, then baru air. Masa memula sampai, first impression kami 'wow.. Nampak sedap'. Macam mee udang, udangnya memang gedabak. Besar gila. Itupun mak order udang laut je.

Kalau udang galah, lagi besar, penuh satu mangkuk. *cikla tau sebab cikla usha meja orang sebelah.. Hehe. Ok, apa lagi. Jom rasa. Mak aii, tomyam pedas gila. Nasi pattaya, ok ok lah rasanya. Tapi, encik suam cakap nasi goreng korek-korek tak sedap. Tak habis dia makan. Mee udang? *komen ikhlas ni, mohon jangan kecam. Sebab pendapat masing-masing. Kuahnya agak cair, walaupun udangnya nampak fresh. Tapi, tak pedas sangatlah sebab adik Zara boleh makan.

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Nasi goreng korek-korek cikla lupa nak snap gambar. Kalau korang nak 'merasanya' sendiri sejauh mana keenakan mee udang banjir ni, korang datanglah ye. Bukan apa, ada orang cakap sedap, ada orang cakap sebaliknya. Tak mau gaduh-gaduh, korang datang sendiri ke sini, nilaikan sendiri, ok!

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

MEE UDANG BANJIR KUALA SELANGOR587, JALAN BATU 2, PASIR PENAMBANG, 45000 KUALA SELANGOR.
MASA OPERASI : 12 PM HINGGA 11 PM.

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Pada yang first time ke Kuala Selangor, tak tahu jalan korang waze je. InshaAllah selamat sampai ke tempat yang dituju. Peminat mee udang silalah mampir ke sini ye.

Post a Comment

13 Comments

  1. lama tak makan mee udang...sedapnya sis !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat g cari. Nanti kempunan pulak. Hehe

      Delete
    2. tu laaa...lama tak mkn kak....rasa terliur dah ni..hahahaha

      Delete
  2. maaf lah ya.. tengok dari gambar tu kuah dia nampak cair.. i suka yang kuah pekat-pekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kuahnya cair pun. Kalau dpt yg pekat mmg syok habis. Emak saya mkn pun x habis. Kureng rasanya. .

      Delete
  3. Replies
    1. Udang mmg meriah, tp kuah cair. Tak best...huhu

      Delete
  4. Terliur pula tengok mi udangnya tu

    ReplyDelete
  5. nak pegi.. tp agak jauh.. mana tau jalan2 tersesat sampai sana boleh cuba kan. hehe

    ReplyDelete
  6. kc tak minat sangat mee tapi umi kc suka hehe.

    ReplyDelete
  7. teringin !!!!
    tapi... tak boleh, cikla.
    aida dan udang memang tak boleh connect dah.
    makan sekor, gatalnya mcm nak pengsan! elergi terok giler.

    ReplyDelete