Advertisement

5 tip merawat ulser di mulut dengan cepat dan berkesan.

5 TIP MERAWAT ULSER DI MULUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN. Cikla selalu kena ulser kat mulut lepas minum iodin. Masa minum iodin yang first tu, memang penuh dalam mulut cikla dengan ulser. Nak makan punyalah azab. Lagi-lagi time nak gosok gigi. Ulser pulak keluarnya dekat gusi, bahagian dalam pipi, dengan dalam bibir. Kalau tersentuh, pedih ooo. Itu belum lagi kalau time makan, tergigit. Lagilah.

Tapi, kalau minum, ok lagi. Mungkin sebab minum iodin dos tinggi kot. Tu yang effect dia macam tu. Alhamdulillah, masa rai kedua dos rendah tu cikla tak kena ulser pun. Cuma baru-baru ni je kena. Mungkin kurang minum air. Panas dalam pun ye.

Untuk pengetahuan korang, ulser juga dikenali dengan nama manjanya, mata ikan. Ulser ni kalau keluar seketul-seketul ok lagi. Tapi kalau dia keluar secara berjemaah, memang ber'adoiiii' dah jawabnya. Cikla ada juga mencuba beberapa petua atau tip yang cikla cari di internet untuk merawat ulser yang menyakitkan ni.

Nak tau? Jom semak apakah petua itu...

5 tip merawat ulser di mulut dengan cepat dan berkesan. 

5 tip merawat ulser di mulut dengan cepat dan berkesan.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Yogurt memang sedap dimakan dan sangat berkhasiat. Kalau korang nak tau, yogurt mengandungi acidopjilus. Kandungan itu dikatakan dapat menjaga keseimbangan bakteria dalam mulut dan badan. So, ia dapat menghilangkan ulser dengan cepat.

Berkumur-kumur dengan air garam. Cikla agak cara ni amat popular kan, sebab cikla pun memang buat cara ni kalau kena ulser. Ambil sedikit garam, letak dalam segelas air suam then berkumur-kumurlah dengan air itu. Percaya atau tidak, cara ni memang agak berkesan sebab ia boleh mengurangkan kesakitan sekaligus kuman yang menyebabkan ulser itu pun dapat dihapuskan. Lakukan  dua atau tiga kali sehari. Insha Allah, ia memang membantu... 

Dengan menggunakan sedikit serbuk kopi (tak kiralah brand apa pun), kemudian letakkan di bahagian yang terkena ulser. Selepas itu, berkumurlah dengan air kosong. Insha Allah, ulser korang akan cepat sembuh.

Minum air kelapa.  Kadangkala, ulser terjadi disebabkan oleh kenaikan suhu badan kita. Bahasa mudahnya, orang selalu cakap 'panas dalam'. So, dengan pengambilan air kelapa akan dapat mengimbangi suhu badan. Kalau minum air biasa pun ok jugak, janji minum air yang cukup. Tapi, cikla suka air kelapa, sedap!   

Guna marjerin. Kalau yang ni, cikla pernah cuba pada anak cikla. Memang berkesan jugak. Rupanya, marjerin boleh menyembuhkan ulser. Just letak marjerin di kawasan yang bermasalah dan ulang sampai ulser tu sembuh. Apa yang penting ia tak menyakitkan langsung.

Tapi, ada orang tua-tua cakap, kalau nak bagi cepat elok ulser di mulut tu, selalu makankan yang pedas-pedas. Sejauhkah mana kebenarannya? Waallahualam...

Kredit SINI.

Post a Comment

2 Comments

  1. aida da agak lama x kena ulser.
    minta2 jauh le. seksa kalau kena!!!
    berckp susah.
    makan minum susah :(

    ReplyDelete