'santai tapi sampai'

Kita mesti selalu dengar orang cakap, 'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. So, perkataan rezeki itu terlalu sinonim dalam kehid...

8 jenis rezeki dari Allah?

Kita mesti selalu dengar orang cakap, 'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. So, perkataan rezeki itu terlalu sinonim dalam kehidupan seharian kita. 

Apakah makna rezeki itu sebenarnya? Meh baca ni apa yang cikla nak kongsikan mengenai rezeki.

Sebenarnya, dalam Islam rezeki itu bukan hanya terhad kepada wang dan harta benda. Maksud dan jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW ini terlalu luas. 

Ia meliputi rezeki diberi kesihatan yang baik, rezeki diberi perluang menikmati nikmatNya dan lain-lain. 

Kalau korang nak tau, mereka yang ‘memberi' dan 'menyumbang' rezeki itu  akan diberi  pulangan yang setimpalnya oleh Allah, tak kiralah dalam bentuk harta benda dan sebagainya. 

Sebagai seorang hamba yang taat kepadaNya, yakinlah yang rezeki itu adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah SWT kepada seorang hambanya. Sebab tu kita selalu dengar orang cakap, rezeki tak pernah salah alamat. 

Walaubagaimanapun, kita kena ingat rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang je, tapi sebenarnya ada hak orang lain di dalamnya juga.

So, apakah 8 jenis rezeki dari Allah? Nak tau, inilah dia.

Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6).

Rezeki Kerana Berusaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." (Surah An-Najm : 39).

Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." (Surah Ibrahim : 7).

Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Surah At-Thalaq : 2-3).

Rezeki Kerana Beristighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Surah Nuh : 10-11).

Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya." (Surah An-Nur : 32).

Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa' : 31).

Rezeki Kerana Sedekah.

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 245).

Mudah-mudahan ada rezeki yang baik untuk kita semua. Amin. Semoga   bermanfaat.

Kredit WhatsApp group. 
Kredit SINI

4 comments:

  1. baru tahu kategori rezeki ni. Great sharing cikla :D

    ReplyDelete
  2. kesihatan yang baik serta umur yang panjang merupakan antara rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita

    ReplyDelete
  3. Good sharing cikla.. Ya rezeki mmg dtg dr pelbagai bentuk. Semua yg ada dekat kita ni adalah rezeki yg smpai bila bila pon xkn dpt dibalas setiap satunya. Semoga kita jd hamba yg bersyukur..

    ReplyDelete
  4. Rezeki kita Allah tentukan.
    yang penting keberkatannya.

    ReplyDelete