3 February 2018

Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI).

Cikla rasa siapa yang mengikuti cerita cikla kisah si pesakit tiroid ni mesti tau kot yang cikla baru je selesai menjalani rawatan radioiodin dos rendah, 10 mci yang berakhir Selasa lepas. 

Walaupun dos rendah, tapi tempoh kuarantin tetap sama juga iaitu 8 hari bertapa di bilik kuarantin. Hihi. Tapi, kita oklah sebab tak payah admit ward kan. Kuarantin kat rumah je, itu yang best tu. So, cikla saje nak share pengalaman RAI cikla kali ni. 

Sebelum tu, sukalah kiranya cikla nak ulang yang bukan semua pesakit tiroid kena jalani rawatan RAI ni. Rawatan ini hanya dicadangkan untuk pesakit kanser tiroid macam cikla ni dan pesakit hipertiroid yang telah mengambil ubat dalam tempoh masa yang lama tapi bacaan hormon masih tak ok. 

Walau bagaimanapun, untuk pesakit kanser tiroid ada jugak sesetengah kes yang mana ia ‘tak lut’ dengan rawatan RAI ni. Bagi pesakit sebegini doktor akan suggest cara lain yang lebih berkesan. 

Alhamdulillah, selepas minum iodin pada Selasa lepas, kesannya takdelah teruk sangat. Cikla rasa ni ok je, dan takde pulak alami kesan yang pelik-pelik. Mungkin sebab dos tak tinggi kot. 

Tapi, rasa lemah still ada sikit-sikit mungkin sebab cikla baru on balik thyroxine selepas hampir sebulan lebih ‘berpisah sementara’ dengannya. Mungkin ambil masa nak dapatkan balik energy sebelum stop thyroxine tu.

Doktor ada cakap dengan cikla, selepas wbs (whole body scan), dah boleh mula balik thyroxine dan dah boleh makan balik macam biasa. 

Senang cakap, low diet iodine it’s over. Bolehlah nak makan ubi rebus ke, keledek goreng ke, mee goreng mamak ke. #ehh tapi kenalah beringat, semuanya perlu sederhana. 

Untuk pengetahuan korang, selepas 4 hari minum iodin, pada hari Jumaat cikla kena pergi ke IKN semula untuk melakukan scan satu badan atau WBS. 

Alhamdulillah, result WBS sangat positif. Nampaknya di bahagian leher dah clear sebab dah takde sisa kelenjar tiroid yang tertinggal. 

Cuma bacaan TG (Thyroglobulin)  je still pending memandangkan result TG ni memang akan dapat lambat, paling-paling pun sebulan. Nanti appointment di Hospital Putrajaya pada bulan 3 tahulah berapa bacaan TG yang latest tu.

Kalau korang nak tau, TG tu adalah untuk melihat keberkesanan rawatan kanser tiroid. Selagi bacaan TG tak cantik, ini bermakna masih ada sel kanser lagi, walaupun result scan WBS clear

Untuk next rawatan, doktor suggest untuk buat sekali lagi rawatan RAI ni insha'Allah penghujung Julai 2018 dengan dos rendah 10 mci untuk confirmkan betul-betul sudah clear

Then, lepas tu kalau rezeki cikla memang betul-betul sudah clear, baru doktor akan discharge dari rawatan. Selepas itu, just observe untuk bacaan TFT (darah) dan TG je.

Doktor ada beritahu cikla, sepatutnya kalau kita sudah clear WBS, bacaan TG adalah semakin menurun.  If not (mungkin bacaan TG tinggi), mungkin ada sel kanser di tempat lain yang mungkin tak intake di iodin yang diminum. Nauzubillah. Mintaklah dijauhkan. 

Kalau itu berlaku, doktor mungkin akan suggest cara  lain, mungkin PET SCAN untuk result lebih detail dan mendalam. 

Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)...
Selepas hampir 2 minggu selepas minum iodin (RAI)... Sumber Google.

Jangan mudah putus asa.

Nasihat cikla, kepada kawan-kawan senasib yang nak RAI macam cikla tak kiralah dos rendah ke tinggi ke (terutama yang kanser), jangan mudah putus asa. 

Banyakkan berdoa, ikut apa yang doktor suggest. Kalau tiba masa berpantang low diet iodine tu, berpantanglah betul-betul supaya iodin yg kita minum tu nanti betul-betul berkesan membunuh dan menyahkan sel-sel yang tertinggal tu.

Kanser bukan pengakhiran hidup, tapi jadikan ia sebagai penguat semangat untuk kita terus kuat dan kuat demi tersayang.  Kita berhak berusaha, tapi jangan lupa berdoa kerana DIA jua yang Maha Menyembuhkan. 

Berdebar tunggu nak tunggu result TG pulak. Korang doakan cikla ye. Semoga baik-baiklah hendaknya. Aamiin.

20 comments:

  1. semoga cikla kuat lalui hr2 mendatang dan liez doakan cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Semoga dah sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. SEMOGA TERUS KUAT CIKLAA...


    cikla belum bg details utk pemenang giveaway kat cikyan..
    nanti bagi ya kat emel cikyan...

    nurazianjaafar90@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. cik la.. Alhamdulillah.. mudah mudahan result tg ok.. dn cpt sembuh ye..

    Saya skrg tgh kuarantin hr ke 7 drumah.. 1st time buat RAI..150mci..

    Nak tanya.. hari ke 8 kita dah boleh bergaul dgn anak2 mcm biasa atau kena kurangkn bergaul selama 3-6 bulan ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Terima kasih atas doanya. Saya doakam awk pun begitu jugak.

      Alhamdullilah awk berjaya tempoh pengalaman rai yg pertama. Teringat pulak saya pngalaman pertama saya rai thn lepas.

      Tempoh kuarantin rai adalah 8 hari tak kiralah dose tinggi atau rendah. Mcm awk tahu, dose tinggi akan kuarantin 4-5 hari di ward, dan sambung bakinya di rumah. Kalau dose rendah, kuarantin 8 hari rumah.

      Hari ke-9 dah bebas dah. Dah boleh lakukan aktiviti mcm biasa tak perlu sampai 3-6 bln.

      Apa kata awk join grup di fb TIROID DAN ANDA (ORI). InshaAllah byk info yang awk dpt di sana. Kita bina semangat dan kekuatan bersama2 kwn2 senasib... Never give up ok...

      Delete
  5. Salam.

    Saya ingin bertanya. Saya dicadangkan doktor untuk rawatan ini tetapi saya tinggal di luar negara buat masa ini dan kos rawatan sangat mahal. Saya ingin tahu sekiranya puan dapat memberi sedikit informasi.

    1. Adakah rawatan RAI ini hanya sekali?
    2. Bagaimanakah untuk mendapatkan rawatan RAI?
    3. Berapakah kos rawatan ini?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hai Nora. Sebelum tu saya nak tanya, awk kena rai hyper ke kanser? Sebab kedua-dua rai utk jenis yg disebutkan berbeza walaupun nampak mcm sama.

      Macam saya, saya buat rai kanser.

      Saya cuba jwb soalan awk setakat yang saya tahu ye...

      1. Kalau untuk kanser, RAI biasanya lebih dari sekali. Ada org 2 kali dh ok. Mcm saya alhamdullilah 3 kali rai, 1 kali dose tinggi 100mci 2 kali dose rendah 10 mci. Tp, ada jugak orang yang 6 kali rai. Depend pada result rai sblmnya. Tp kalau utk hyper, RAI kurang dari rai kanser. Ada org sekali rai dh normal. Depend jugak. Biasanya Sekali saja. Tapi akan buat lagi jika tak ada perubahan positif.
      Jika ada bengkak / ketulan leher.. Doc akan cadangkan operation. Tak perlu rai kedua. Jika tak ada ketulan, kena Rai lagilah.

      2. Rawatan RAI biasanya dicadangkan oleh doktor. Kita tak boleh request. Kalau di Malaysia, hanya ada beberapa hospital yg buat rawatan ni, antaranya IKN (institut kanser negara) dan HKL (Hospital Kuala Lumpur).

      3. Kos rawatan bergantung pada dose dan di hospital mana kita buat rai tu. Tp kalau awk kje gov, ada GL. GL boleh percuma. Cuma kena bayar dulu.. Dan Claim kemudian. Kalau buat di hospital swasta kos lebih tinggi. Mcm saya, saya buat di IKN, masa buat dose tinggi 100 mci kena Rm300 + rm5 untuk cas pesakit luar, buat dose rendah kena rm25 +rm5 untuk cas pesakit luar. Tapi kalau dose tinggi kena admit ward, kuarantin 5 hari di ward dan sambung 3 hari di rumah. Kalau dose rendah, kuarantin 8 hari di rumah.

      Harap awk clear. Kalau nk tanya apa2, silakanlah InshaAllah mana yang saya tau saya share.. Btw, thanks sudi singgah blog ni.. Semoga dipermudahkan urusan awk ye. Take care!

      Delete
  6. Assalamualaikum kak..17/12 ni husband akn buat Rai..doc day call n explain everything..olh sbb kmi Ada ank2 yg may kcil n baby kena jaga jarak lah dlu kn after Rai tu.. dlm tmpoh qurantine tu mcm mna dgn baju yg d pkai olh husband ye kak? Dia kene cuci sndiri handwash ke? Atau blh jga msukkan dlm washing machine Kat rmah kami walaupun nnt sy& anak2 stay Kat rmah mertua dlu,so xpe ke klu husband cuci bju gunakn mesin d rmah kami? Ada kmungkinan x kesan tu tertinggal kt washing machine?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Brg2 yg digunakan oleh suami sepanjang tempoh kuarantin macam pakaian kumpul dulu dalam plastik org bakul atau apa2 ajelah. Nanti lepas hanis kuarantin baru keluarkan dr bilik dan basuh. Sebaiknya rendam dulu sblm masuk washing machine dan jangan campur dengan baju lain.

      Boleh je awk nak guna washing machine tu lepas basuh baju suami asalkan tak bercampur dgn baju dia.

      Mcm sampah sarap, bekas makanan kumpulkan dulu. Hari ke 9 baru keluarkan, dan buang atau basuh. Lebihan makanan sebaiknya buang. Kalau byk lebihan, suami je yg boleh mkn.

      Delete
    2. Correction : org - or, hanis-habis

      Delete
  7. Assalamualaikum cikla. Sy baru hbs tempuh kuarantin 8 Hari smlm. Kata nurse lps 3 mggu baru betu2 clear iodin dlm bdn. Blh ke saya masak mcm biasa utk anak2 tanpa guna lapik lagi basuh makanan? Jadi ragu2 plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh je sis. Sebab selepas 8 hari, radiasi dah lemah.

      Delete
  8. salam cikla. nak tya cikla kena kanser tiroid jenis apa ye. mcm sy kena jenis phapilary.(betoi ka dak ejaan x tau la)
    sy dpt tau masa nob 2018. masa sy preggy. n doc srh sy bersalin awal utk dptkan rawatan. nk x nk sy kena ceaser jgk la. n 18.2.2019 ni baru nk check up ke hosp penang. ikutkan doc sini srh operate buang sj tiroid. tp bila sy baca n selidik ada lg rawatan lain selain pembedahan. hope nt p gh penang doc suggest rwtan yg x kena operate la ye. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya papillary thyroid ca juga. Dan saya dah opret total buang semua kelenjar tiroid.

      Macam mana boleh tau awk ada papillary tiroid ca? Macam saya, result biopsy yang saya buat tu suspek kanser. So, nak tak nak menang kena opret buang semua.

      Sebenarnya, kalau dah detect ada sel kanser tak kira suspek atau confirm ada memang kena buat pembedahan untuk buang semua kelenjar tiroid.

      Senang nak faham macam ni. Kita dah tau, ada sel kanser di kelenjar tiroid. So, nak bunuh sel tu mestilah kita kena buang 'rumah' tempat dia duduk dan membiak tu.

      Kalau result operation memang sah ada sel kanser, 2 bulan lepas tu kena buat rawatan RAI untuk bunuh kot kot ada saki baki sel kanser yang tinggal lepas bedah.

      Untuk info pasal tu, awak baca je info dr blog ini ye. InshaAllah banyak yang saya Kongsikan.

      Btw, semoga dipermudahkan urusan awk.

      Delete
  9. Salam. Hai Kak, saya baru lepas buat radioiodine treatment dos 120mci. semalam dah whole body scan, hari ni hari ke5 dah balik rumah dan kuarantin dalam bilik. Masalah saya sekarang, doktor bagi MC dekat saya 14 hari, suruh isolated 14 hari. Mostly saya baca experience orang kat FB, ramai yang kuarantin paling lama pun 10 hari la. awal2 bila nurse hospital call saya set appointment dulu, nurse pun cakap 10 hari kuarantin. tapi Dr pulak tak bagi saya pegi kerja, isolated for 14 hari. Yang ni saya faham, maybe untuk kebaikan orang ramai bila saya keluar rumah. Saya nak tanya pendapat akak, kalau saya kuarantin 5 hari dalam bilik dah kira ok tak? sebab 4 hari kuarantin kat hospital memang totally affect tahap mental saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik. Sorry lmbt reply. Setahu akk mereka yang buat RAI dose tinggi memang akan warded 5 Hari di Hospital dan sambung Baki 3 hari di Rumah. Hari ke 9 tu dah merdeka. Walaupun radiasi masih ada tapi dah lemah, so tak beri bad effect pd org sekeliling.

      Tapi utk mereka yang ada anak kecik , baby better lanjut kan ke 10 Hari gitu.

      Kalau doc nak bg mc 14 Hari tu ok jugaklah. Boleh rest betul2 kan sebelum muka berkerja semula. Semoga dipermudahkan.

      Delete
  10. Assalam sis. Saya baru buar rawatan 12hb Feb 2019. Dan scan hari jumaat. Tap sekarang sya merasa ada sesuatu dlm lehir. Kalau dulu sya tak rasa langsung tpi skrg if makan trasa ada something dlm lehir. Kalau tekan2 pun trasa sakit. Dr cakap its good because treatment iodine yg djalankan was working. Adakah cikla merasa apa yg saya rasa. Saya takut dose rendah yg diberi tidak memberi effect pada saya. Thnx cikla. Moga sis cepat sembuh

    ReplyDelete