'santai tapi sampai'

"Nasi lemak, buah bidara. Sayang selasih hamba lurutkan. Buang emak buang saudara. Kerana kasih hamba turutkan." Ececeh, kemain l...

Excited! First time makan buah bidara.

"Nasi lemak, buah bidara. Sayang selasih hamba lurutkan. Buang emak buang saudara. Kerana kasih hamba turutkan." Ececeh, kemain lagi. Kerana kasih konon. Haha. 

Siap pernah tengok dan makan buah biadara? Sejujurnya, ini pertama kali cikla tengok, pegang dan makan buah ni. Itu sebab agak jakun sikit bila pertama kali tengok buah ni. 

Sebenarnya, cikla jumpa buah ni masa cikla berkunjung ke pasar malam berhampiran dengan rumah cikla di kampung. Memang rare buah ni bagi cikla.

Dari jauh, serius cikla tengok buah ni macam buah epal hijau. Tap, versi kecik. Cikla dengan mak cikla dah berbisik-bisik sesama sendiri. 

Agaknya si penjual tu perasan wajah kehairanan kami, lalu beliau pun mengatakan buah itu adalah buah biadara. Terus ber O, O lah kami di situ. Haha. Nampak benar naifnya.

Excited! First time makan buah bidara.
Excited! First time makan buah bidara. 

So, disebabkan perasaan membuak-buak nak tau macam mana rasanya, so cikla belilah setengah kilo, RM7.  Memang tak sempat balik rumah, kat situ jugak ngappp. Memang sedap. Rangup, manis tak berapa manis dan juicy. Makan sebiji, nak lagi berbiji-biji. Hehe. 

Kawan cikla cakap, buah bidara ni jugak dipanggil sebagau epal Malaysia. Betul jugak tu, sebab rupa parasnya memang macam epal. Apa kata korang baca sikit perkongsian menarik mengenai buah yang pernah disebut dalam Al-Quran ni.

Buah biadara atau nama saintifiknya Ziziphus Mauritiana  merupakan buah yang banyak manfaat dan kebaikannya tak kira dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Berikut merupakan manfaat yang boleh kita perolehi dari buah biadara  yang dimakan, iaitu:

-Melancarkan pencernaan kerana ia kaya dengan serat. 
-Membantu menguatkan gigi dan tulang  kerana ia kaya kalium, kalsium, dan fosforus. So, ia sangat bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana dapat membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat. Manakala, mereka yang agak berusia boleh amik  buah ni untuk mengelakkan tulang rapuh. 
-Membantu memulihkan tenaga dan melancarkan pengaliran darah kerana ia kaya dengan zat dan nutrien yang baik untuk badan kita. 
-Mengandungi anti oksidan yang dapat menghalang radikal bebas yang memudaratkan. 
-Mencegah osteoporosis. 
-Mengatasi masalah keputihan, dijadikan masker wajah untuk merawat kulit muka yang bermasalah dan dikatakan mampu mengelakkan dari terkena kanser.

Excited! First time makan buah bidara.
Excited! First time makan buah bidara. 

Itulah di antara manfaat buah bidara yang sangat baik untuk kita. Rasanya banyak lagi kot, tapi cikla share sebahagian saja ok. Buah ni adalah buah yang sangat jarang ditemui, tapi kawan cikla cakap buah ni banyak di Kelantan. Waallahualam. Orang jual buah ni secara on9 pun ada rasanya. 

Buah bidara, sedap!

Kredit SINI.

8 comments:

  1. Kakya pon suka makan buah bidara.. lau mula2 viral dulu magak giler sekilo.. sekarang ni rm10 jer sekilo.. mmg tiap2 minggu kakya beli sebab satu rumah memang suka buah bidara.

    ReplyDelete
  2. Kat sini mmg tak pernah jumpa buah bidara...

    ReplyDelete
  3. PC tak pernah nampak tentunya tak pernah makan lagi....teringin juga nak beli dan makan...buat masa ni belum berjodohan..aduhhh mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  4. x pernah lagi makan buah ni.. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Mee Udang Asajaya

    ReplyDelete
  5. alamak nmpk macam best.. nk try jgak laa.. tak sabar !

    ReplyDelete
  6. seriously, aida x pernah makan.
    mungkin pernah jumpa, tapi tak kenal ha ha ha :)

    ReplyDelete
  7. baru tau aku buah bidara.... hehe... http://ciklapunyabelog.blogspot.fr/2018/02/excited-first-time-makan-buah-bidara.html

    ReplyDelete