'santai tapi sampai'

Merawat masalah kulit muka yang bermasalah dengan menggunakan bahan alami sememangnya sudah menjadi  trend pada masa sekarang.  Antara baha...

Kemagikan teh hijau untuk cantik.

Merawat masalah kulit muka yang bermasalah dengan menggunakan bahan alami sememangnya sudah menjadi trend pada masa sekarang. 

Antara bahan alami yang sering digunakan adalah teh hijau. Penggunaan teh hijau bukan saja untuk cantik malah untuk menurunkan berat badan. Korang nak tau tak kemagikan teh hijau ni? Jom baca perkongsian menarik ni.

Antara kelebihan dan manfaat teh hijau adalah seperti berikut :

Kemagikan teh hijau untuk cantik.

Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata atau mata panda.

Untuk pengetahuan korang, lingkaran gelap di bawah mata terjadi kerana kurangnya rehat dan kesan dari tidur lewat malam. 

Tapi takpe, lepas ni korang dah tak perlu risau nak cari cara macam mana nak hilangkan kesan mata panda ni. Guna masker teh hijau je.

Caranya, korang campurkan 2 sudu teh hijau bersama air panas. Selepas itu, simpan campuran ini dalam peti sejuk selama 10 minit. 

Kemudian, barulah korang oleskan campuran ini bahagian yang bermasalah. Lakukan secara konsisten sebelum korang tidur.

Mengecutkan dan merawat jerawat.

Kemunculan jerawat di wajah sememangnya menjadi masalah sejagat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak. Hehe. Apa kata korang gunakan teh hijau, iaitu dengan cara mengisar teh hijau sampai halus. 

Bila dah halus, campurkan bersama putih  telur  dan gaul sebati seterusnya dioleskan pada muka dan kawasan leher. Biarkan dalam 20-30 minit sehingga ia kering sebelum dibilas bersih.

Ada satu lagi cara, iaitu bancuh teh hijau dengan air panas, kemudian tuangkan campuran ini ke dalam tray ais dan biarkan ia beku dalam peti sejuk. 

Bila dah beku, gunakan kiub ais ini untuk merawat wajah setiap pagi. Insha'Allah, jerawat akan beransur hilang malah kulit pun jadi lebih fresh. Boleh cuba ni.

Rahsia awet muda.

Teh hijau dikatakan mengandungi vitamin E yang sangat bagus untuk kesihatan kulit muka kita. Caranya sangat senang, iaitu sentalkan hampas teh hijau 2 kali sehari pada muka sebelum dibilas bersih.

Menghaluskan dan melembapkan kulit muka.

Kewujudan vitamin E yang terkandung di dalam teh hijau juga dikatakan boleh menghaluskan kulit muka secara semulajadi seterusnya melembapkan kulit muka. Korang just rendam teh hijau dalam air panas, dan biarkan ia semalaman. 

Setiap kali bangun tidur, korang gunalah air teh hijau ni untuk mencuci muka korang. Lakukan secara konsisten, insha'Allah hasilnya pasti tak mengecewakan korang.

Bertindak sebagai sunblock.

Bila kulit muka kerap terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan, ia akan menyebabkan sunburn terjadi. 

Gunakanlah teh hijau yang dijadikan sebagai masker supaya ia dapat melindungi kulit wajah  dari sinar UV dan radikal bebas dari merosakkan sel kulit. Minumlah teh hijau 2 kali sehari, kemudian oleskan hampas teh itu pada muka korang. Inilah namanya 2 in 1 kan. Hihi.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Ruangan Sekilas Cantik.

5 comments:

  1. this is one of the reason why i love greentea

    ReplyDelete
  2. memang bagus teh hijau ni

    ReplyDelete
  3. Good sharing. Slama ni cikyan buat minum je. Taktau blh letak kat muka. Haha

    ReplyDelete