Cikla percaya, sebagai seorang isteri dan ibu kita tak kan dapat mengelak dari melakukan kerja rumah kan. Tapi, kalau korang ada pembantu rumah tu lainlah cerita kan.
Cuba kita fikir jap, macam manalah seorang ibu dan isteri yang berkerja manage masa mereka antara tanggungjawab di tempat kerja dan di rumah.
Macam cikla sendiri, walaupun cikla tak bekerja dan seorang suri rumah sepenuh masa kadang-kadang cikla terkejar-kejar jugak nak uruskan rumahtangga dan anak-anak.
Itu belum lagi nak layan kerenah dan ragam anak-anak lagi. So, cikla memang tabik spring dengan kaum ibu yang bekerja ni.
Bila bercerita pasal kerja rumah, memang sampai bila-bila pun tak kan habis kan. Pendek kata, mula dari 'celik mata', sampailah nak 'pejam mata' kerja ada je. Kalau anak-anak dah besar bolehlah disuruh kan. Ni kalau anak-anak kecil lagi? Nak tak nak, memang kena buat sendiri.
Tapi, takpe. Bagi cikla ini tanggungjawab. Tanggungjawab seorang ibu dan isteri kepada keluarga. Pahala paling senang nak dapat kan. Betul tak?
Korang setuju tak kalau cikla cakap, antara kerja rumah yang paling popular abad ini adalah melipat baju.
Kerja melipat baju ni boleh dikatakan hari-hari kita buat, walaupun ada orang yang suka buat 2-3 hari sekali. Lipat sekali harung kan.
Tapi, kalau dah 2-3 hari baru lipat, korang dah dapat bayanglah kan betapa tingginya longgokan kain baju itu. Boleh pengsan oooo. Kalah gunung Everest. Haha.
Macam cikla, nak lipat pun kena ikut mood. Kalau datang mood baik, rajin memang hari-hari cikla lipat. Tapi, kalau dirasuk dek 'hantu malas', memang tak boleh nak cakap apalah. Dua tiga bakul besar ko. Lemah lutut tengok. Huhu.
Cikla nak share 10 cara jimat masa melipat baju korang boleh praktikkan terutama ibu-ibu yang sentiasa sibuk. Tip ni cikla dapat dari saudara dan rakan terdekat dan cara cikla sendiri. Cara tersebut adalah seperti berikut:
Semasa proses melipat baju tu, elakkan dari melakukan kerja lain seperti bermain handphone. Bukan apa, sebelum ni cikla selalu buat. Memang kerja melipat jadi lambat.
Mana taknya, kejap-kejap tengok handphone. Baru lipat sehelai baju, tengok handphone lagi. Sudahnya, memang tak siaplah kerja melipat tu.
- Elakkan dari melipat baju di hadapan tv. Ni sama jugaklah dengan kes tengok handphone tu. Matanya asyik ke tv je. Baju lipat pun tak sedar ada yang terbalik, tak dibetulkan.
- Jangan tunggu kain baju bertimbun bagaikan juara barulah terkedek-kedek nak melipat. Memang lemah jiwa ragalah dibuatnya. Cikla pernah tau. Rasanya 3 hari tak lipat, sekali kau memang banyak giler. Hampir 2 jam kerja melipat baru siap. Memang lenguh punggung. Haha.
- Selepas siap membasuh tu, dari washing machine tu korang terus gantung atau hanger siap-siap. Nanti korang gantung ke ampaian, dah kering terus angkat masuk dalam almari. Siap basuh terus gantung.
- Selepas korang angkat kain baju di ampaian, terus lipat. Tak payah nak longgok-longgok letak dalam bakul lagi. So, baju takdelah menimbun kan. Kalau yang baju tu pulak, korang hanger je. Lipat kain, seluar, baju kecik, seluar kecik je.
10 cara jimat masa melipat baju yang mungkin korang tak tau. Alat melipat baju. Sumber Google. |
- Zaman moden sekarang ni memang macam-macam alat dijual di pasaran untuk membantu kaum ibu melakukan kerja rumah dengan cepat. Antaranya, adalah alat melipat baju yang agak popular sekarang. Sejujurnya, cikla baru tau pasal alat ni. Ini pun kawan cikla yang bagitahu sebab dia memang guna alat ni. Katanya memang cepat dan efisen. Tapi kan, agak kelakar jugaklah sebab ada alat macam ni kan. Bagi korang yang nak cuba, boleh cari ye. Apa yang penting, ia memang sangat bagus mempercepatkan kerja melipat.
- Kalau korang mempunyai suami yang rajin membantu isterinya, korang boleh minta tolong suami masing-masing lipat baju. Paling sweet lipat baju bersama-sama. Siap bergurau senda lagi. Ini bukan saja mempercepatkan kerja melipat, malah dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Orang cakap, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Boleh jadi contoh yang baik kepada anak-anak sebab mereka boleh melihat sendiri keakraban ibu bapa mereka.
- Semasa melipat, sebaiknya lipatlah di dalam bilik untuk elakkan dikacau anak. Macam cikla, memang time melipat lebih-lebih kalau baju banyak, cikla duduk dalam bilik kunci pintu. So, si kecik tu takdelah mengacau nanti. Kerja pun jadi cepat. Kalau tau, baju yang kita lipat tu, dipunggahnya balik. Adoiii, angin dibuatnya.
- Asingkan baju ikut jenis. Contohnya, kalau baju ibu ayah satu bakul, baju anak-anak satu bakul. Seluar kecik, baju kecik satu bakul. So, masa nak lipat tu takdelah tengok banyak sangat. Kalau tak nak lipat sekaligus, lipat sikit-sikit. Pagi lipat baju anak-anak, tengah hari ke petang ke lipat baju sendiri pulak, malam lipat seluar, baju kecik.
- Mind set penting. Bila korang nampak baju bertimbun tu, korang kuatkan hati untuk siapkan juga cepat-cepat. Buang rasa malas, penat, letih, jemu tu semua. Lakukan dengan gembira dan ikhlas sebab tanggungjawab.
Kesimpulannya, jangan jadikan alasan yang remeh untuk tak melakukan kerja yang menjadi tanggungjawab kita. Banyak cara nak memudahkan kerja.
Apa yang penting, elakkan dari menangguhkan kerja. Nanti bukan makin memudahkan, malah merumitkan. Kain baju pun jadi menimbun. Lemah semangat tengok kan. Hihi.
Semoga bermanfaat.
Setuju dgn cikla... Jgn timbun2 baju smpai jd gunung everest, asal dah angkat dr ampaian, lipat jer terus...
ReplyDeletewah banyak cara jimat masa nak melipat baju ne. tapi miza pass batton kat EE jew. hehe
ReplyDeleteTerbaik la cikla.. AS selalu amalakan tips yang angkat kain, sambil lipat terus tu. Memang jimat masa. Baju pun x berkeromot.
ReplyDeletegood shring sis..cikyan pon selalu malas nk lipat baju..hahhaa.. main gantung jaa..
ReplyDeleteSelalu baju memang gantungg.. Senang nak cari dan capai. lain2 je lipatt. hihi
ReplyDeleteaida yang bujang punn bila time lipat baju lahh paling masalah.. hehehe thank you sharing sis ^^
ReplyDeleteSetuju jgn tggu bj bertimbun br nak lipat. Memang stress la jadinya kan 😅
ReplyDeletemelipat ni mmg leceh kan, tp ngn adanya tips ini melipat jadi mudah, thanks for sharing ya
ReplyDeletemelipat baju ni mmg memakan masa kalau tak fokus...baju ohh baju
ReplyDeletekalau ada yang membantu ceptlah siap kerja kita kan...
ReplyDelete