'santai tapi sampai'

Perhubungan jarak jauh sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Ia bukan saja melibatkan sifat setia pada pasangan, tapi ada yang lebi...

5 tip memelihara perhubungan jarak jauh agar sentiasa bahagia.

Perhubungan jarak jauh sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Ia bukan saja melibatkan sifat setia pada pasangan, tapi ada yang lebih penting lagi adalah rasa percaya pada pasangan dan begitu juga diri kita. 

Jangan jadikan alasan duduk berasingan sebagai penyebab untuk pasangan itu bercerai berai dan sebagainya.

Berikut merupakan 5 tip memelihara perhubungan jarak jauh agar sentiasa bahagia. 

Semoga ia memberi sedikit sebanyak tip untuk mereka yang berada dalam keadaan ini memantapkan lagi hubungan mereka menjadi lebih baik dan bahagia.

5 tip memelihara perhubungan jarak jauh agar sentiasa bahagia.
5 tip memelihara perhubungan jarak jauh agar sentiasa bahagia. Sumber Google. 

5 tip memelihara perhubungan jarak jauh agar sentiasa bahagia. 

Tip 1 : Sedar diri akan status korang sebagai suami atau isteri orang. 
Jangan ingat, kita duduk berjauhan dari pasangan, kita terus terlupa akan perkara yang penting ni. 

Bukan apa, bila kita sedar akan perkara ini kita akan berjaya mengawal diri supaya tak melakukan perkara yang boleh melukakan hati pasangan. 

Kesedaran ini juga akan menjadikan kita lebih berusaha melakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah.

Tip 2 : Komunikasi yang unggul dan berkesan.  
Bagi cikla, ini sangat penting. Apa salahnya, setiap 2 kali atau 3 kali seminggu, korang try untuk meluangkan masa berjumpa dengan pasangan dan anak-anak seterusnya melakukan aktiviti bersama-sama. 

Tapi, sebelum tempoh tersebut selalulah menghubungi pasangan bertanya khabar. Kalau tak sempat nak call pun takpe, guna je mesej,  WhatsApp, fb Messenger, telegram dan sebagainya. Banyak je aplikasi yang boleh kita gunakan. So, memang takde alasan lagi...

Tip 3 : Jangan cari pasal.
Kekonon nak uji kesetiaanlah sangat kan. Nak test market. Haha. Tapi, last last masalah yang timbul.

Tip 4 : Bataskan pergaulan dalam berkawan. 
Bukan tak boleh nak berkawan,  tapi macam yang cikla cakap, sedar diri yang awak tu suami/isteri orang. Janganlah nak mengada-ada nak cari 'teman tapi mesra' pulak.

Tip 5 : Berdoalah. 
Supaya Allah sentiasa menetapkan hati pasangan kita hanya untuk kita. Itu yang terpenting.

Bagi cikla, kena ada give and take dan persefahaman juga. Jangan hanya sebelah pihak je yang melakukannya tapi pihak yang sebelah lagi langsung tak ambil peduli. 

Selain itu, sikap percaya dan setia jugak penting, termasuklah sentiasa bersangka baik dengan pasangan. 

Semarakkanlah rasa cinta tak kiranya jarak dekat ke jarak jauh sebab itulah salah satu tanda kita betul-betul sayangkan dia. Buktikan tanda cintamu.

Kredit : Artikel dari Suzana Ghazali, Perunding Psikologi.

4 comments:

  1. Ye betul. Dua2 kene lakukan. Xblh bharap pada satu pihak je. Kalau tidak sme jela mcm xpayah bkorban. Sbb sorg je buat.

    ReplyDelete
  2. Both kena tahu erti setia, erti tanggungjawab dan erti untuk bahagia..hahaha~ kemain !
    Semoga Allah menetapka hati kita dna si dia, agar tak berdolak dalihh....gituuu!

    ReplyDelete
  3. teringat dulu aida keje JB and asben & anak2 kat melaka.
    hu hu hu hu sedih!
    apa yg penting, komunikasi. kena betul. kena saling faham.

    ReplyDelete