Bagi cikla, untuk mendapatkan kesihatan yang baik perlulah dari bermula dari penyediaan makanan yang selamat.
Kepekaan kita dalam hal ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan risiko kita terkena jangkitan penyakit.
Bukan saja ibu yang kena ambil tau, bahkan sesiapa sahaja yang berkerja dalam bidang penyediaan makanan pun kena tau jugak.
So, sebab itulah kita tidak digalakkan untuk makan di luar atau membelinya bukan saja sebab untuk berjimat, malah ada yang lebih penting lagi iaitu aspek kebersihan semasa menyediakan makanan tersebut.
Kita bukan tau pun macam mana kaedah mereka menyediakan makanan itu kan, tau-tau dah siap dah. Tinggal makan je.
Umumnya, ada 5 tip atau langkah penting yang perlu dianbil kira dalam proses penyediaan makanan.
Langkah pertama adalah, pastikan korang membasuh tangan terlebih dahulu sebelum dan selepas korang menyediakan makanan, termasuklah selepas korang keluar dari tandas. Mengapa ia penting agaknya ye?
Langkah pertama adalah, pastikan korang membasuh tangan terlebih dahulu sebelum dan selepas korang menyediakan makanan, termasuklah selepas korang keluar dari tandas. Mengapa ia penting agaknya ye?
Kalau korang nak tau, walaupun bukan semua bakteria tak menyebabkan penyakit, tapi ada bakteria yang berbahaya boleh tersebar melalui tanah, air, haiwan dan juga manusia. Bakteria itu boleh jadi merebak melalui tangan kita, perkakasan dapur terutama pada papan pemotong.
So, sebab itu adalah sangat penting kita mencuci bersih semua peralatan yang kita nak gunakan untuk menyediakan makanan. Kalau makanan yang disediakan itu bersentuhan atau mengandungi bakteria, sudah tentukan makanan tersebut akan tercemar.
Kita yang memakannya pulak pasti terdedah dengan risiko keracunan makanan. Tak ke naya macam tu, betul tak?
Tips atau langkah kedua adalah, penggunaan air bersih sebaiknya yang telah dirawat dan pemilihan bahan mentah yang segar dan selamat untuk dimakan.
Ini kerana, kalau kedua-dua bahan ini (air termasuklah ais dan bahan mentah) telah tercemar, ia adalah sangat merbahaya kepada kesihatan kita disebabkan oleh bahan toksik tersebut yang menjadikan makanan tersebut berkulat dan rosak. So, hati-hati ye.
Kalau korang nak makan buah atau memasak sayur-sayuran pulak, pastikan korang membasuh terlebih dahulu sebersihnya. Kalau cikla, cikla akan rendam dalam air garam sekejap lebih-lebih lagi kalau buah yang jenis dimakan tak payah kupas kulit tu.
Memang ada orang suka makan terus buah tanpa mengupas kulitnya. Tapi, sebaiknya kupaslah dulu kulitnya untuk mengurangkan 'pencemaran' makanan.
Lagi satu, elakkan memakan makanan yang dah expired walaupun kita tengok makanan tu masih elok lagi. Itu kita nampak dengan mata kasar kan? Yang kita tak nampak macam mana pulak? Habis semua masuk perut.
Tip ketiga adalah tidak meletakkan bahan mentah dengan makanan yang dimasak di tempat yang sama.
Bahan mentah seperti ayam dan daging sebaiknya diletak berasingan dari makanan yang dimasak. Selain itu, kalau korang nak memotong ayam atau daging tersebut gunakan perkakas yang berlainan seperti pisau dan tempat pemotong yang khas.
Apa yang disarankan adalah dengan menyimpan makanan mentah itu di dalam bekas yang bertutup untuk mengelakkan ia bersentuhan dengan makanan yang sudah dimasak.
Pengasingan bahan mentah ini adalah sangat penting kerana bahan mentah seperti ayam, daging dan seafood yang mana ia mempunyai air lelehannya yang mungkin mengandungi bakteria berbahaya.
So, bakteria ini dikhuatiri akan menyebabkan ia mencemari makanan yang telah dimasak yang berdekatan dengannya.
Tip keempat adalah sentiasa memastikan makanan dimasak dengan betul dan sempurna terutama daging, seafood, hati ayam dan sebagainya.
Kalau korang masak sup atau masakan berkuah, pastikan kuahnya betul-betul mendidih termasuklah kuah sup ayam yang mana air rebusannya kelihatan jernih dan bukannya merah.
Selain itu, kalau korang nak panaskan makanan yang telah dimasak, pastikan ia juga telah dimasak sepenuhnya. Untuk pengetahuan korang, dengan memasak makanan dengan sempurna, ia dapat membunuh bakteria yang mungkin ada dalam makanan tersebut.
Begitu juga kalau korang masak makanan yang berasaskan daging, tak kiralah ayam atau daging lembu atau kambing, pastikan ia masak sepenuhnya tau.
Tip kelima ialah simpan makanan pada suhu yang selamat.
Tip kelima ialah simpan makanan pada suhu yang selamat.
Apa yang korang kena tau, sebaiknya elakkan meletak makanan pada suhu bilik lebih dari 2 jam kerana pada keadaan ini bakteria dikatakan membiak dengan cepat.
Pembiakan bakteria akan terhenti pada suhu di bawah 5°C atau lebih 60°C. Akan tetapi, ada sesetengah bakteria yang dapat hidup di bawah suhu 5°C. Selain itu, jangan biarkan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik.
Cikla harap info ini akan memberi korang sedikit sebanyak ilmu yang berguna dalam penyediaan makanan yang lebih selamat dan sihat. Amalkan kebersihan demi kesihatan yang baik.
Cikla harap info ini akan memberi korang sedikit sebanyak ilmu yang berguna dalam penyediaan makanan yang lebih selamat dan sihat. Amalkan kebersihan demi kesihatan yang baik.
0 comments: