3 hari tak jenguk blog... Rindunya!

Wah, 3 hari cikla tak update blog. Rindu pulak rasanya nak mencoret di sini. Sebenarnya, cikla baru je balik dari short vacation pagi tadi. Tu yang takdan nak update tu. Korang faham-faham ajelah. Bercuti dengan anak-anak yang masih kecil ni memang banyak cabarannya. Haha. Lagi-lagi pulak, semuanya aktif-aktif belaka.

Biasalah kan, time cuti sekolahlah orang cakap nak merapatkan lagi hubungan anak beranak. Mana taknya, kalau time sekolah masing-masing sibuk dengan tugas memasing. Si anak dengan sekolah pagi petangnya. Si bapak pulak dengan kerjanya lagi, keluar pagi balik malam. Si emaknya biasanya, dengan kerja rumah yang tak pernah habis.

Bila malam, masing-masing, bummmm tidur bagaikan kepenatan bebenor lah gamaknya. So, inilah masanya nak bonding time bak kata orang putih. Hehe.

3 hari tak jenguk blog... Rindunya!
Kredit Google Image. 

Oh ye, korang yang belum join segmen + giveaway anjuran cikla jemputlah join ye. Kalau peserta lebih dari 30 orang, insha'Allah cikla akan tambah 1 atau 2 hadiah lagi. Apa lagi, nak join klik SINI ye. Pada yang dah join, a million thanks. Semoga ada rezeki korang.

Oklah, cikla nak rest lah. Esok mulakan rutin macam biasa. Macam-macam yang cikla nak share dengan korang. Hehe.

Selamat malam.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews