'santai tapi sampai'

Ada sebuah kisah yang sangat menyentuh hati dan sangat bermanfaat. Nak tau apakah kaitan antara tajuk entri di atas dengan kisah ini, jom ba...

Korang mesti baca perkongsian ini : Sementara pintu syurga di rumahmu masih terbuka.

Ada sebuah kisah yang sangat menyentuh hati dan sangat bermanfaat. Nak tau apakah kaitan antara tajuk entri di atas dengan kisah ini, jom baca kisah seterusnya.

Sementara pintu syurga di rumahmu masih terbuka.

Kisahnya begini.

Saya menziarahi seorang kawan yang baru kematian ibunya yang dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya masa bersalam,

"Telah HILANGLAH PINTU SYURGA DI RUMAH saya."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.

Korang mesti baca perkongsian ini : Sementara pintu syurga di rumahmu masih terbuka.
Korang mesti baca perkongsian ini : Sementara pintu syurga di rumahmu masih terbuka. Sumber Google. 

Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? 

Ini satu perkataan orang berilmu, orang yang mengetahui. Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in Iyas bin Mu’awiyah, yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Apabila ditanya pada beliau,

Mengapa engkau menangis sedemikian rupa?"

Maka beliau menjawab,

"Aku tidak menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati. Akan tetapi yang membuat aku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga, tapi hari ini tertutuplah satu pintu dan tidak akan di buka sampai hari Kiamat."

"Aku memohon pada Allah SWT agar aku boleh menjaga pintu syurga yang kedua."

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda Rasulullah SAW dari Abu Darda RA, yang bermaksud:

"Orang tua (ibu dan ayah) adalah pintu syurga yang paling tengah. Kamu boleh sia-siaka pintu itu atau kamu menjaganya." (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua ibu bapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dengan maksud jika kita berkhidmat dan berbuat baik kepada keduanya, maka Allah akan beri ganjaran syurga, tapi siapa yang mensia-siakan peluanf ini, akan terlepaslah peluang ke syurga. Bahkan mereka itu celaka.

Rasulullah SAW bersabda,

"Celaka, celaka, celaka... "

Lalu ditanyakan pada baginda, siapa yang celaka wahai Rasulullah?

Maka Baginda bersabda :

"Siapa saja yang menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia akan tetapi (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke Syurga." (HR. Muslim).


Korang mesti baca perkongsian ini : Sementara pintu syurga di rumahmu masih terbuka.
Korang mesti baca perkongsian ini : Sementara pintu syurga di rumahmu masih terbuka. Sumber Google. 

Saya nak mengajak kamu semua agar tidak mensia-siakan peluang pintu syurga yang ada di rumah kamu, lebih-lebih lagi jika usia kedua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu itu dengan berbuat baik kepada keduanya. 

Sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga. 

Jangan abaikan pintu syurga yang diibarat kepada ibu bapa yang Allah kurniakan di rumah kita. 

Dalam hidup kita, Allah buka banyak kesempatan untuk ke syurga samada kita SEDAR atau TIDAK mahu merebutnya. Kemudian Allah ambil balik satu demi satu peluang ini, maka tertutuplah satu demi satu kesempatan untuk ke syurga melalui pintu ketaatan ke atas ibu bapa kita. 

Mereka yang lalai dengan dunianya tidak akan terasa apa-apa dengan tertutupnya pintu syurga  untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, seperti sahabat saya ini, akan melihat kembalinya ibu atau bapa bagai tertutupnya pintu syurga di rumahnya.

Santunlah ibu bapa dan mentuamu sementara mereka masih ada (sementara PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA). 

Marilah kita berbakti kepada kedua orang tua kita sementara mereka masih ada. Bak kata Sudirman dalam lagunya, "ayah dan ibu, itulah permulaan kami. Dapat melihat bulan dan matahari." Semoga bermanfaat.

Kredit : WhatsApp group.

Nota kaki : Kata ganti diri 'saya'  dalam kisah di atas adalah merujuk kepada hamba Allah yang berkongsi kisah ini. Waallahualam.

4 comments:

  1. betul tu, berbudi dengan prang tua sehingga akhir hayat mereka

    ReplyDelete
  2. #deep. Terima kasih ciklah entry yang sungguh bermakna kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan sendiri sampai lupa khabar mak ayah di kampung

    ReplyDelete
  3. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. moga Allah panjangkan la umur mak abah kita.
    aida skang once a week akan jumpa mak abah.
    memang amik peluang sementara blaja kat ukm ni.
    so memang happy la. lunch bersama. dinner bersama. breakfast bersama.
    maklumla bila da kawin ni, jarak memisahkan...
    manfaat la peluang yg ada.

    ReplyDelete