'santai tapi sampai'

Dah lama kan cikla tak share info mengenai penyakit tiroid. So, hari ni cikla nak share dengan korang salah satu dari penyakit tiroid yang...

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.

Dah lama kan cikla tak share info mengenai penyakit tiroid. So, hari ni cikla nak share dengan korang salah satu dari penyakit tiroid yang selalu berlaku iaitu GOITER

Untuk pengetahuan korang, goiter adalah keadaan yang berlaku bila kelenjar tiroid membengkak yang mana ia boleh mengganggu sistem menelan dan pernafasan lebih-lebih kalau ia semakin membesar.

Tapi, korang kena ingat bila seseorang itu mempunyai goiter, tak semestinya kelenjar tiroidnya tak menghasilkan hormon dengan normal. 

Maknanya, ada sesetengah kes di mana walaupun kelenjar tiroid membengkak, tapi hormon yang dihasilkan tetap normal (macam kes cikla ada bengkak tapi hormon normal) selain dari penghasilan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, atau melebihi paras normal.

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Selain itu, pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa iaitu diffuse goiter atau kelenjar membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul iaitu nodular goiter

Kalau lebih dari satu nodular dipanggil goiter multinodular iaitu beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak yang mana ia biasa terjadi apabila hormon tiroid yang terhasil adalah normal, lebih rendah (kurang) atau lebih tinggi (berlebihan). 

Kalau korang nak tau, nodul-nodul ini adalah ketulan-ketulan yang wujud di dalam kelenjar tiroid yang normal.

Untuk memastikan yang korang mungkin mengalami goiter, pastikan simptom-simptom berikut ada pada korang, iaitu :

  • Sudah pasti mesti ada bengkak  yang mana pembengkakan kelenjar tiroid yang menyebabkan leher kelihatan membengkak. 
  • Merasa perit di kerongkong. 
  • Kerap batuk. 
  • Suara berubah menjadi parau. 
  • Mengalami keadaan sukar menelan dan sukar bernafas.

Selain itu, korang juga mungkin mengalami tanda-tanda lain yang mana ia bergantung kepada punca asas penyakit goiter berlaku.

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan. Sumber Google. 

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan. Sumber Google. 

Bagaimanakah diagnosis dilakukan untuk memastikan korang mengalami goiter? 

  • Melakukan ujian hormon, yang mana ujian darah boleh menentukan jumlah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid dan kelenjar pituitari. Kalau fungsi kelenjar tiroid tak aktif, ini bermakna tahap hormon tiroid jadi lemah. Selain itu, dalam tempoh itu juga, tahap TSH akan ditingkatkan sebab kelenjar pituitari akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid. Akan tetapi, penyakit goiter ini selalu dikaitkan dengan penghasilan hormon yang tinggi di dalam darah dan tahap TSH yang lebih rendah berbanding normal. (hyper). 
  • Ujian antibodi juga dilakukan iaitu ujian darah yang akan memastikan kehadiran antibodi di dalam badan.
  • Ujian Ultrasonografi, iaitu transducer yang merupakan satu alat. Rupanya dia macam tongkat yang akan diletakkan pada leher korang. Gelombang bunyi yang dikeluarkan akan melantun melalui leher dan bahagian belakang, lalu membentuk imej di skrin komputer. Imej-imej yang terhasil akan menunjukkan saiz kelenjar tiroid, sama ada kelenjar tersebut mengandungi nodul-nodul yang mungkin tidak dapat dikesan oleh doktor secara fizikal.
  • Scan tiroid, iaitu korang akan diberi suntikan isotop radioaktif, yang mana ia disuntik pada pembuluh darah di bahagian dalam siku semasa berbaring di atas meja, dengan kepala didongakkan ke belakang manakala satu kamera khas akan memaparkan imej tiroid pada skrin komputer.

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan. Sumber Google  

Sebenarnya, rawatan adalah bergantung kepada saiz pembengkakan kelenjar, termasuklah simptom dan punca asas ia terjadi. So, doktor mungkin akan mencadangkan pesakit melakukan mana-mana prosedur berikut, iaitu :

  • Pemantauan, untuk kes goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah serta kelenjar tiroid pulak berfungsi secara normal. Just wait and see sajalah bak kata orang putih. 
  • Kalau korang mengalami masalah kurang hormon (hipotiroidisme), korang akan diberi ubat levotiroksina untuk menggantikan hormon tiroid yang kurang tu. Ia juga mungkin mampu untuk menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme dan juga mengecilkan saiz goiter. Jika bacaa hormon korang tinggi (hipertiroidisme), carbimazole akan diberi untuk menormalkan kembali tahap hormon. Kalau kelenjar tiroid korang mengalami keradangan, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. 
  • Kalau bengkak goiter terlalu besar sehingga mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan, jalan terbaik ada pembedahan. Begitu jugak, untuk sesetengah kes, kalau korang mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme, semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid korang akan dibuang melalui pembedahan thyroidectomy. Apa yang korang kena tahu, bila pembedahan membuang keseluruhan tiroid dilakukan, korang kena mengambil levothyroxine seumur hidup untuk menghasilkan hormon tiroid. 
  • Rawatan radioiodin, iaitu dalam kes tertentu kaedah ini digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Iodin yang diminum akan pergi ke kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid. Kaedah ini mungkin akan mengecilkan saiz goiter (untuk bengkak tertentu saja) tapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. So, korang kena consume levothyroxine jugak.

Nasihat cikla, sentiasalah prihatin dengan perubahan pada diri kita. Kalau kita perasan ada perubahan terutamanya bengkak di mana-mana bahagian tubuh, cepat-cepat dapatkan rawatan. Orang cakap, rawat sebelum parah.

Kredit Utusan Online.

4 comments:

  1. owh macam tu rupanya..aaa baru faham..thanks sharing cikla

    ReplyDelete
  2. Good artikel cik la.. dapat tambah ilmu dalam kepala

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing cik la..
    Since Cik La ada goiter dan mempunyai aras hormon yg normal. Klu cik La x kisah, apa treatment yg cik La telah lakukan.. adakah Rawatan radioiodin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya hanya ada ketulan Dan hormon memang normal. Buat biopsi suspek kanser then kena opret buang semua tiroid. After 2 bln buat rawatan radioiodin.

      Delete