Ada ibu bapa yang 'memberi muka' kepada anak mereka sejak dari kecil lagi. Macam tu jugak, anak yang sudah dibiasakan hidup senang dan tak pernah merasa susah mungkin akan menjadi manja dan tak boleh berdikari sendiri. Semuanya kena pertolongan, kalau tak, tak jadi. Payah jugak kalau anak macam ni.
Bagi diri cikla sendiri, sejujurnya sejak kecil lagi mak dengan abah cikla mengajar kami 6 beradik sentiasa bersederhana.
Lagipun, kehidupan kami sekeluarga masa tu tidaklah semewah mana. Masa tu mak dengan abah kerja kilang je. So, memang semuanya ala kadar je.
Tapi, alhamdullillah kami adik beradik semua habis sekolah. Cikla dengan adik lelaki cikla berjaya ke universiti.
Bila cikla sendiri dah mempunyai anak sendiri ni, barulah cikla tau perit jerih dan cabaran mendidik anak. Lain anak, lain ragamnya. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi, kadang-kadang tu 'terbabas' jugak kan. Iyelah, manusia biasa.
Bak kata orang, sabar pun ada hadnya. Walau bagaimanapun, sebagai ibu dan bapa kita kena berhati-hati dalam mendidik dan mengasuh anak-anak ni.
Bak kata orang, sabar pun ada hadnya. Walau bagaimanapun, sebagai ibu dan bapa kita kena berhati-hati dalam mendidik dan mengasuh anak-anak ni.
Bukan apa, lembut sangat takut anak naik kepala pulak, tapi kalau garang sangat takut anak memberontak dalam diam. Itu lagi bahaya. Depan mak bapak dia diam je, tapi belakang.
Wahhh. Memang lain benar karektornya. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah anak-anak kita dari sifat sebegitu.
Wahhh. Memang lain benar karektornya. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah anak-anak kita dari sifat sebegitu.
So, sebagai ibu bapa yang sayang dengan anak-anak, kita perlulah mencari cara macam mana nak mendidik anak dengan baik supaya mereka tak manja, keras kepala dan yang paling penting boleh berdikari sendiri.
Jom baca 5 tip yang cikla nak share ni, iaitu :
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Walaupun sesibuk mana pun kita, janganlah kita lupa memberi perhatian dan yang penting kasih sayang kepada anak kita.
Memang tak dinafikan, ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat 'tugas' mendidik, dan menjaga anak-anaknya kepada pengasuh.
Ini adalah cara yang kurang baik sebab dengan memberi perhatian kepada anak inilah menunjukkan yang kita prihatian dan peka dengan mereka.
Paling tak pun, temanilah anak semasa mereka belajar walaupun hanya duduk sebelah mereka je. Sekurang-kurangnya mereka akan fikir, ibu bapanya masih sayang pada mereka.
Selain itu, ajarkan anak supaya tidak berbohong, walaupun bohong sunat *ehh ada ke? Ajar anak supaya bersikap terbuka dalam segala hal termasuklah melibatkan perasaan dan emosi mereka. So, anak akan bersikap lebih jujur dalam kehidupannya bila mereka dewasa kelak.
Elakkan dari mengikut semua kemahuan anak. Apa yang anak nak, bagi. Walaupun sayang, ini bukanlah cara yang betul untuk mendidik mereka.
Bagi cikla, perbuatan ini akan menjadikan mereka lebih 'besar kepala' dan merasa apa yang mereka lakukan sentiasa betul. Malah, mereka akan jadi lebih malas dan tak akan berdikari.
So, lepas ni biasakan anak melakukan rutin harian mereka sendiri seperti menyusun buku mengikut jadual sendiri supaya ia dapat mengajar mereka lebih bertanggungjawab walaupun untuk diri sendiri.
Memang tak dinafikan, anak yang semakin meningkat besar sentiasa dikuasai rasa ingin tahu dan ingin mencuba.
Kita sebagai ibu bapa janganlah terlalu menghalang keinginan mereka asalkan ia tidak memberi keburukan atau membahayakan mereka. Senang cakap, bagi moral support lah lebih-lebih lagi anak yang mempunyai bakat terpendam.
Sebagai manusia biasa, kadang-kadang ibu bapa tak dapat mengawal emosi sendiri bila berhadapan dengan kerenah anak sehingga ada yang sanggup 'mencederakan' anak kerana terlalu lama bersabar.
Sebenarnya, apa yang terbaik elakkan dari menghukum anak menggunakan kekerasan fizikal.
Langkah yang bagus adalah nasihatilah anak dengan baik dan terangkan pada mereka mengapa mereka tak boleh melakukan itu. Bagi anak yang sudah meningkat remaja, gunakan sistem disiplin terhadap mereka.
Cikla pun pernah dengar orang cakap, kalau kita marah anak dengan nada suara yang tinggi akan menjadikan mereka 'hati kering' sebab dah lali dengan keadaan itu.
Nasihat dan kata pujukan adalah cara terbaik. Tengok je contoh yang dibawa dalam cerita 'Anakku Sazali'.
Apa jadi dengan si Sazali bila dah besar. 'Contoh' dah ada kan, eloklah kita ambil ikhtibar dan pengajaran. Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang sentiasa mendengar kata ibu dan ayahnya. Aamiin. InshaAllah.
Kredit Harian Metro.
nice sharing cik la... anak2 mcm-mcm ragam.... mmg kena byk sabar
ReplyDeleteThx for sharing sis. Sush jugk nk mendidik bdk2 ni. Kna berhati2 sgt
ReplyDeleteterima kasih atas tips CikLa..Sha pun kadang takut..masih belajar nak didik anak..
ReplyDeleteBetul tu, Anakku Sazali tu memang sah-sah Allahyarham P. Ramlee buat sebagai contoh and pengajaran,supaya kita tak manjakan sangat anak-anak kita tak kiralah sayang sampai melangit pun anak tu, tetap kena bertegas and beri pendidikan yang secukupnya, kalau tak silap hari bulan kepala kita pulak yang kena pijak.
ReplyDeleteokay, kena take note yg ni.
ReplyDelete