Bagi mereka yang terpakai mengenakan mekap dalam tempoh masa yang lama pasti tercari-cari kaedah atau tip untik memastikan mekap mampu bertahan lama paling tak pun dalam tempoh 8 jam. Korang nak tau tak? Jom baca 6 tip di bawah sampai habis.
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Sebenarnya, untuk memastikan mekap tahan lebih lama, apa yang terpenting adalah pemilihan dan penggunaaan bedak asas yang sesuai termasuklah pemilihan lipstick yang betul. Antara tip itu adalah seperti berikut :
- Penggunaan primer adalah penting terutama untuk solekan asas wajah dan kelopak mata. Korang boleh mengaplikasikan bedak asas cecair selepas menggunakam primer. Ini kerana, majoriti tekstur bedak asas jenis ini adalah lebih nipis tapi ia mampu meliputi keseluruhan wajah dan yang paling penting tahan lebih lama.
- Pastikan bedak asas yang digunakan bebas minyak sebab jika bedak asas berasaskan minyak ia akan menjejaskan mekap korang. Kalau korang mempunyai kulit jenis kering, pastikan korang melembapkan kulit korang dulu dengan bedak asas bebas minyak. So, pilihlah bedak asas yang memang khas untuk penggunaan tempoh masa lama supaya kulit nampak halus sepanjang masa.
- Untuk pemerah pipi, gunakan dari jenis cecair jugak supaya lebih tahan lama. Selain itu, pemerah pipi jenis ni jugak boleh dicalit ke bibir. 2 in 1 function bak kata orang putih.
- Kalau korang nakkan bulu mata korang kekal panjang dan lentik, gunakanlah maskara. Kalau nak kekalkan nilai 'kepanjangannya', jangan lupa gunakkan pelentik bulu mata sebelum menyapukan maskara.
- Untuk bibir pulak, kalau korang sukakan kemasan bibir berkilat sapukan lipstick beberapa lapis. Caranya adalah, sapu lipstick, kemudian pedap dengan tisu. Selepas itu, sapukan nipis bedak debu pada bibir dan ulang step diatas sampai korang dapat ketebalan atau warna lipstick yang korang nak. Cara ini juga adalah teknik memberi kilatan pada bibir selain ia menjadi asas supaya lipstick bertahan lebih lama tanpa menyebabkan bibir jadi kering.
- Ada orang menggunakan bedak tabur untuk menutupi bahagian yang 'tertinggal' semasa mereka menyapu bedak asas cecair. Tapi, untuk kesan yang lebih wow, gantikan bedak tabur dengan bedak lut sinar sebab ia akan memberikan fungsi yang sama. Lagipun, bedak lut sinar ni lebih ringan dan apa yang penting ia menjadikan kulit lebih shining.
Semoga tip di atas memberi sedikit inspirasi pada korang terutama kepada peminat tegar solekan.
Kredit Ruangan Hati, Harian Metro.
Tak tahu la pulak pemerah pipi ada yang jenis cecair...hurmm my makeup regiment memang tak perfect pun, there's no primer, no blusher, no eye shadow, no concealer and no face mist. Sigh
ReplyDelete