28 March 2018

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. | Assalamualaikum wbt. Cikla ingat lagi, dulu masa di sekolah rendah cikla dengan kawan-kawan perempuan cikla selalu kena sakat dengan kumbang tanduk ni. Korang bayangkanlah kalau kumbang ni melekat kat tudung sekolah. Memang azab sikitlah nak tanggalkannya. Kukunya yang tajam mencengkam, memang mengerikanlah pada waktu tu. Siap berbunyi lagi si kumbang tu bila kita tarik dia dari tempat dia melekat tu. Huhu. Adik cikla pun fobia dengan binatang ni sampai trauma dia. Dekat rumah cikla sekarang ni pun banyak kumbang ni. Entah dari mana entah datangnya. Ada masanya sampai berekor-ekor.... 

Tapi rasanya budak-budak sekarang dah tak takut dengan kumbang tanduk ni. Siap dijadikan 'haiwan belaan' lagi. Adoi... Kumbang tu pulak naik takut dengan diaorang. Haha.... 

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 

Apa kata cikla share sedikit info mengenai kumbang tanduk ni. Jom tambah pengetahuan am kita semua jom... 

Kalau korang nak tau, kumbang tanduk (Atlas Beetle) atau nama saintifiknya Chalcosma Atlas adalah kumbang yang biasanya dikenali sebagai perosak kepada tanaman kelapa, kelapa sawit, nipah, pinang, nibong dan semua jenis tanaman Palma. Ia juga dikenali sebagai kumbang tanduk berdasarkan kepada struktur tanduknya seperti badak sumbu. Korang tengoklah macam kat dalam gambar tu... Eeee, seram kalau terlekat dekat kulit kan. Ouchhh... 

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.
Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.
Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 


Tapi, itulah. Makhluk ciptaan Allah. Macam mana kita takut dan gerun pun, janganlah sesekali mencederakan dia kecualilah kalau dia membawa kerosakan. Ambil dia, buang ajelah dekat luar. Dia pun nak hidup jugak. Hehe... 

Kredit info SINI 

3 comments:

  1. betul tu..dia pun nak hidup, hirup udara segar atas muka bumi ni ahaks

    ReplyDelete
  2. PC pernah demam gara-gara (asbab) terkejut dan takut dengan kumbang tanduk ni....sampai sekarang fobia PC...

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.