Memang tak dinafikan, ada sesetengah ibu terpaksa untuk tidak memberi susu badan kepada bayi mereka dek kerana sebab-sebab tertentu. Ibu yang bekerja contohnya, terpaksa memberi bayi mereka menyusu botol kerana terpaksa kembali berkerja setelah habis cuti berpantang.
Apa yang menjadi cabaran para ibu adalah bila si anak menolak untuk menyusu botol walaupun berbagai-bagai cara telah digunakan tapi tak berjaya. Macam cikla sendiri, sebelum cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy untuk membuang keseluruhan kelenjar tiroid, doktor memang telah menasihatkan cikla supaya memberhentikan susu badan sebab perlu menjalani rawatan susulan selepas pembedahan. Masa tu adik Zara baru nak masuk 10 bulan.

Kesian, kesian jugakkan. Iyelah, orang cakap masa untuk si anak mendapat manfaat dari susu ibu, tapi apa nak buat, cikla terpaksa. Lagipun, mungkin rezeki adik Zara dapat 'merasa' susu ibu setakat ni aje. Tapi kira ok jugaklah, sekurang-kurangnya dah lepas tempoh penyususan eksklusif selama 6 bulan selepas melahirkan kan.
Masa awal-awal nak bagi adik Zara menyusu botol, memang agak mencabar jugak. Selain dari sering bertukar susu formula, faktor puting botol jugak mempengaruhi. Kalau putingnya agak keras memang dia tak naklah. Kalau bab susu formula pula, 2 kali jugaklah tukar susu tepung.
Mula-mula tu cikla bagi adik Zara minum susu Dugro, dia macam tak nak. Last last, cikla try bagi dia susu Dutch Lady. Sebelum dia berumur setahun, cikla bagi dia minum susu Dutch Baby, then bila dan setahun dan sampailah sekarang, adik Zara dah melekat dengan susu Dutch Lady 1-3 jenis biasa. Mungkin kenalah dengan tekak dia tu.

Ada satu artikel di dalam salah satu ruangan akhbar Harian Metro, Dr Nurhaya seorang pakar laktasi bertauliah telah berkongsi 10 tip mudah macam mana nak 'pujuk' bayi kita menyusu botol. Inilah yang cikla nak share dengan para ibu khususnya, sebab ia penting untuk diketahui. Jom baca.
- Jadikan masa penyusuan botol itu seperti sesi bermain dan bukan sesi paksaan (stress) kepada bayi. Sebaiknya, lakukan pada waktu pagi sebab pada waltu sebegini bayi berada dalam keadaan ceria dan fresh.
- Elakkan dari meneruskan penyusuan badan semasa bayi menolak botol tapi lanjutkan sesi bermain dengannya dan cuba sekali lagi memberinya botol.
- Beri botol ketika bayi baru bangun tidur atau masih mamai.
- Kalau bayi hanya menghabiskan susu hanya setengah botol je, si ibu boleh lanjutkan dengan penyusuan secara terus kalau perlu.
- Berikan botol susu di dalam kerusi bayi, kereta sorong bayi atau di atas sofa tapi posisi bayi dipastikan dalam keadaan tegak dan selamat.
- Cuba berikan botol susu ketika sedang bersiar-siar di luar rumah.
- Si ibu boleh mulakan sesi penyusuan dengan payudara sebelum diteruskan dengan menggunakan botol.
- Jangan biarkan bayi kelaparan semata-mata kita mahu mereka gunakan botol.
- Kalau bayi menolak pemberian botol sysu yang diberikan oleh ibunya, si ibu boleh minta bantuan orang lain yang terdekat seperti suami, ibu, ibu mertua tapi kena ingat dalam masa yang sama si ibu kena ada di tempat lain.
- Kalau bayi kita masih menolak botol, jangan risau sebab kadang-kadang bayi menerima penyusuan botol semasa berada di rumah pengasuh atau taska atau semasa dijaga oleh orang lain.
Macam adik Zara, memula dia nak menyusu botol tu, opah dia yang jaga. So, memang opah dialah yang ajar dua menyusu menggunakan botol. Lagipun, time tu cikla dah admit ward untuk dibedah. Korang faham-faham ajelah, kalau cerai susu secara drastik ni, memang miss P jadi bengkak. Memang kat dalam ward, cikla asyik pump susu keluar sebab dah tak tahan bengkak.
Alhamdulillah, lama-lama bengkak susu dah berkurangan dan susu pun kering. Adik Zara pun sekarang ni dah seronok menyusu botol. Semoga tip di atas memberi manfaat kepada ibu-ibu ye.
Alhamdulillah, lama-lama bengkak susu dah berkurangan dan susu pun kering. Adik Zara pun sekarang ni dah seronok menyusu botol. Semoga tip di atas memberi manfaat kepada ibu-ibu ye.
dulu suka minum dalambotol sampai habis sekolah :P
ReplyDeleteHabis sekolah? Biar betul. Haha. Cikla menyusu botol sampai nak masuk drjh 1. Haha. Teruk betul kan...
Deletetips terbaek..
ReplyDeletex sabar nak ada baby sendiri. :)
ReplyDeletesalam, anak saya dari 1 bulan smpai 3bulan dia mnum susu, selepas cucuk untuk 3bulan.. terus baby xnak minum susu botoll.. boleh saya tahu knpe boleh jadi macam tu
ReplyDeleteSama anak saya,lepas cucuk 3 bulan,3,4 hari lepas tu terus reject botol. . Pening kepala memikio nyer.
DeleteHaii cikla,, bermanfaat sangat , anak nikie bru 5 bulan , tp still ssh nak hisa susu botol , 2 kali dh tukar susu formula , dia hisap sikit² , lepastu dia macam kunyah² puting tu , 1oz xhbis dia hisap , binggung jugak , ssh hati pn ada ,
ReplyDeleteMcm mn nak ajar bayi 6 bulan. Lebih menyusu botol.... Sebap anak susah nak menyusu botol
ReplyDelete