Pelakon Anis Al-Idrus menyanyi pulak ke?

By Cikla Shahril - July 28, 2016

Korang kenal tak dengan pelakon Anis Al-Idrus? Sebelum ni memang banyak jugak drama dan telefilem lakonan dia main kat tv. 

Tapi, lately macam kurang pulak cikla tengok dia kat tv dah. *cikla rasalah. Tapi tak taulah kalau kot kot cikla tak perasan kan

Hari tu, cikla saja je bukak youtube usha usha kot kot ada lagu baru baru yang best, cikla terjumpa dengan video muzik nyanyian pelakon ni. 

Memang sebelum ni cikla pernah dengar lagu ni, jadi soundtrack drama kat tv1 tu *apatah tajuknya. Tapi kat radio rasanya macam jarang je dengar lagu ni. Mungkin baru lagi dan kurang promosi kot.

First time cikla dengar lagu ni, macam best pulak. Tapi, masa tu tak tau lagi penyanyinya siapa. Dah selalu dengar, rasa ngam pulak dengan halwa telingaku ini. 

Rupanya, Anis Al-Idrus yang nyanyi. Pada pendapat cikla, suaranya not bad. Sedap dan lunak. Sesuailah rasanya dia ni jadi penyanyi.

Rasanya agak cikla dah trend kot sekarang ni pelakon jadi penyanyi. Tapi kalau dah ada bakat tu, buat apa nak simpan simpan kan. Orang cakap peram buat pekasam.

Ok jugak kalau ditonjolkan dan gunakanlah sebaik mungkin. Sebelum tu, jom kita baca sikit biodata ringkas beliau. (Sumber SINI)

Nama Penuh: Sharifah Anis Binti Syed Zainal Al-Idrus.
Nama Popular: Anis Al-Idrus.
Pendidikan: Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU). 
Pekerjaan: Model, pelakon dan pengusaha bisnes tudung (nishbyanisalidrus). Tambah satu lagi, penyanyi.
Drama lakonan beliau : Uda dan Dara, Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak. 

Apa kata kita tengok video klip nyanyian Anis Al-Idrus ni. Korang nilaikan sendiri. Kadang-kadang pendapat kita tak sama kan.  Ok, hehe. 

(Sumber YOUTUBE).


Oklah, cikla doakan beliau akan terus sukses tak kiralah dalam apa jugak bidang yang beliau ceburi. All the best! 

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Pelakon sekarang ramai mencuba untuk menyanyi. Banyak bakat dorang ni.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok Anis ni...cute je...berlakon pun tak nampak canggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Rasanya dia ni baru berhijab kan. Sebelum ni free hair rasanya....

      Delete
  3. sudah la cantik..berbakat pulak tu!

    ReplyDelete
  4. artis kena versatil.
    carik makan.
    artis berlambak.
    kena cuba semua kalau nak gaji byk :)

    ReplyDelete