Adik sudah selamat jalani pembedahan.

By Cikla Shahril - July 15, 2016

Dalam entri yang lepas, cikla ada berkongsi cerita pasal adik bongsu cikla yang mengalami kemalangan dengan sebuah kereta ‹klik SINI, SINI dan SINI untuk baca entri›. 2 hari lepas, adik selamat menjalani pembedahan memasukkan besi dalam kakinya yang patah. 

Apa nak buat, bak orang cakap. Dah terpaksa. Kalau tak masuk besi, doktor cakap mungkin kaki adik akan jadi pendek sebelah atau senang cakap jadi capik. Huisssh, muda lagi kot. So, memang dah takde pilihan. Terpaksalah direlakan. Huhu.

Adik sudah selamat jalani pembedahan. 

Adik sudah selamat jalani pembedahan.  Inilah kakinya yang dah dimasukkan besi pun. Tengok macam tak parah kan. 

Sebenarnya sebelum ni, memang masuk besi tu kira pilihan terakhirlah. Sebab masa mula-mula kena tu, time 'ariel' tu ada, doktor menjangkakan yang tulang dia akan tumbuh balik dengan baik. Lagipun, budak muda remaja lagi. 

So, pertumbuhan tulang tu orang cakap masih ditahap terbaiklah. Lepas tu, dia ada jatuh. Dah tulang yang diikat dengan 'ariel' tu beralih. 

Jadi, mungkin sebab tu tulangnya jadi macam 'terbantut' nak tumbuh baru. Inilah pilihan terakhir dengan memasukkan besi bagi menggantikan tulang yang 'cedera' itu. 

Masa operate tu agak lama jugaklah. Dalam 2 jam lebih gitu. Mak cikla cerita, malam selepas operate tu, mengonggoi jugaklah dia menahan rasa denyut-denyutan pada kaki yang di operate

Maklumlah, kesan bius dah beransur hilang. Cuma harapkan ubat penahan sakit. Memang sakit tu masih terasa. Kesian jugak tengok mak cakap. Apa nak buat. Itulah yang kena dia hadapi. Bersabarlah dik. Ada jugak pengalaman dia di'operate'.

Oklah tu kan, bak kata orang, pengalaman mendewasakan. Cikla harap ni akan jadi pengajaran dan pembelajaran buat dia supaya lebih berhati-hati lepas ni. 

Dengar-dengar doktor cakap pun, lepas dah baik pun dia masih tak boleh berlasak-lasakan. Main bola jangan haraplah, padahal sebelum ni memang favourite dia. 

Apa nak buat dik, redha ajekanlah. Janji awak dah boleh jalan macam dulu pun dah syukur sangat.

Get well soon ye adikku sayang.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Semoga adik cikla cepat sembuh ye ;)

    ReplyDelete
  2. Semoga adiknya cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selamat melalui proses pembedahan..

    ReplyDelete
  4. moga adik bongsu cikla terus sihat ye.
    suh dia kuat semangat.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete