Tip pilih warna tudung ikut rona kulit.

Hurmmm, bab pilih warna tudung yang match dengan kita kadang-kadang cikla fail jugak. Itu belum lagi time nak cepat, memang sauk ajelah mana yang dan. Haha. Rupa-rupanya, ada jugak tip macam mana nak pilih tudung yang sesuai dengan kulit kita. Nak tau? Jom baca perkongsian berikut.

Tip pilih warna tudung ikut rona kulit.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Rona kulit putih cerah - Mereka yang mempunyai warna kulit sebegini memang beruntung. Sebab apa? Sebab, rona kulit putih cerah amat mudah dipadankan dengan kebanyakan jenis warna tudung. Seronok kan? Tak payah nak pening sampai murung sebulan sebab nak pilih warna tudung yang match. Hehe. Walaupun tudung berwarna terang akan menjadikan mereka lebih berseri, tapi warna hitam, kelabu, merah dan biru terang adalah padanan yang sesuai jugak. Apa yang mereka elakkan adalah memakai tudung berwarna tanah, pastel, beige dan putih.

Rona kulit sawo matang - Rasanya kebanyakan orang Asia termasuklah Malaysia mempunyai warna kulit sebegini kan? Betul tak? Warna tudung yang sesuai untuk rona kulit sawo matang adalah pastel, krim, purple dan hitam. Tapi, korang kena elakkan warna dark green, zaitun, dark brown dan kuning sebab ia akan menjadikan muka lebih suram dan 'malap'. Senang cakap, tak berserilah!

Rona kulit hitam manis - Bagi mereka yang mempunyai rona kulit gelap atau hitam manis, korang sangat sweet bila memakai tudung yang berwarna ceria atau lebih cerah. Mesti korang terfikir kan, 'aik, dah lah kulit tak berapa nak cerah, pakai pulak tudung warna contra, tak ke pelik rupanya.' Memang. Memang kebanyakan mereka fikir macam tu kan.

Tapi, sebenarnya inilah match yang paling ngam untuk menyerlahkan imej korang tu. Antara contoh warna yang matching adalah biru laut, light green, peach, lavendar pastel dan putih. Tapi, apa yang korang kena ingat elak dari memakai warna tudung yang lebih gelap dan terang seperti hitam dan oren sebab ia akan menyebabkan wajah korang lebih kelam.

Rona kulit kuning langsat - Warna tudung apa yang sesuai untuk mereka yang mempunyai rona kulit sebegini? Kalau korang nak tau, mereka sangat sesuai memakai warna tudung seperti pink, merah dan biru. Tapi, mereka tak sesuai memakai tudung berwarna oren, krim dan juga coklat. Tak berseri kata orang. Hehe.

Kredit : Ruangan Stailo, KOSMO!

4 comments:

  1. betul sangat! Hilang seri kalau pakai warna krim, coklat dengan oren

    ReplyDelete
  2. nice sharing.... akak ni suka pakai hita kulit sawo matang.... hehe

    ReplyDelete
  3. aida ni tak le cerah.
    tak le gelap.
    aida minat earth tone.
    tak minat terang-terang.

    ReplyDelete
  4. Thanks share & mudah padan pilih warna tudung nanti.

    Artie ada share bebeberapa sampel warna tudung bawal di blog artie. Boleh lihat di sini 130+ contoh warna bawal . Harap ia membantu ;)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews