Selamat hari ibu untuk semua ibu, mama, umi, mommy, mak dan bonda sedunia!

Hari ni dah masuk ahad kedua dalam bulan 5. Allahu, cepat benar masa berlalu kan. Rasanya semua orang tahu yang hari ibu. Korang dah wish dekak mak mashing-masing ke belum.

Sebenarnya orang tua-tua ni bukannya nak sangat duit ringgit dan harta anak-anak. Cukuplah sekadar anak-anak ingat pada mereka. Bertanya khabar mereka. Menziarahi mereka. Dan, mengingati hari-hari yang penting dalam hidup mereka. 

Mesti berbunga-bunga je hati mereka kan.

Selamat hari ibu untuk semua ibu, mama, umi, mommy, mak dan bonda sedunia!
Selamat hari ibu untuk semua ibu, mama, umi, mommy, mak dan bonda sedunia! Sumber Google  

Kalau nak diceritakan 'kisah' pengorbanan ibu (jugak ayah) ni sebenarnya tak akan habis. Begitu besar pengorbanan mereka menjaga dan mendidik mereka, lebih-lebih lagi di zaman memang sangat mencabar.

Memang tak terbalas semua pengorbanan mereka dan tak ternilai dengan wang ringgit walau harta sedunia pun.

Orang cakap, dalam mencari redha Allah carilah redha ibu dan ayah. Betullah tu kan, dalam kita mencari pahala dan 'tiket' untuk kita ke syurga Allah, taburlah bakti kepada keduanya sementara mereka masih ada.

Selamat hari ibu buat emak cikla yang ohsem. Love you mak!

Selamat hari ibu untuk semua ibu, mama, umi, mommy, mak dan bonda sedunia!
Selamat hari ibu untuk semua ibu, mama, umi, mommy, mak dan bonda sedunia! Sumber Google. 

DOAKAN buat IBU tersayang.

Ya Allah ya Tuhanku. Rendahkanlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkanlah hatiku untuk ibuku.

Berikanlah dia balasan sebaik-baiknya atas didikannya padaku. Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku.

Ya Allah ya Tuhanku.

Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil lagi.

Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan dalam hidup kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Yang Maha Agung dan Engkaulah Yang Maha Pengasih di antara semua yang pengasih.

Aamiin ya Rabbal A'lamin.

2 comments:

  1. Selamat hari ibu cik la. Nah ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน⚘⚘⚘๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท semoga bahagia sentiasa ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ibu untuk CikLa.. ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews